fbpx

Borak & MembaWang bersama Dato’ Manap, bekas CEO Bank Muamalat

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 195Words
  • 682Views

Terima kasih kepada 3,700 rakan-rakan yang sudi singgah dalam sesi live bersama Dato’ Manap tadi, walaupun 3 saat

Rakaman live tadi masih boleh diikuti dibawah

Ini merupakan program live #BorakMembaWang pertama untuk tahun 2022, selepas 4-5 bulan tak bersiaran.

Ini juga pertama kali program ini dibawakan dengan topik dan panel yang saya sendiri selaku host dan penganjur, berbeza pandangan.

Mudah-mudahan ia menjadi majlis ilmu yang diberkati Allah dan dinaungi oleh Malaikat, kerana saya yakin pandangan dan pendapat yang diutarakan oleh Dato Manap tak lain tak bukan adalah untuk mengajak ummah keluar daripada riba.

Ia sama dengan hasrat dan perjuangan para cendekiawan yang menyokong perbankan Islam.

Cuma perbezaan besar visi dan misi Dato Manap adalah menyeru untuk tinggalkan sistem kewangan dan perbankan sedia ada dan membina sistem dan model kewangan Islam yang baru. Bagi beliau, sistem sedia ada inilah yang menyumbangkan kepada kerosakan ekonomi yang ada pada hari ini.
Secara personal sebagai pengguna, saya turut bersetuju dengan penjuangan, visi dan misi Dato.

Harap geng-geng forex yang banyak gunakan nama Dato Manap sedar bahawa beliau pun menyeru agar kita ikut fatwa yang mengharamkan forex trading.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rejection yang paling menyayat hati dan akan dikenang sampai mati…