Borang DDA
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha
| BORANG DDA | PEJABAT PUSAKA KECIL|
Adakah anda tahu bahawa terdapat satu borang yang mana borang ini diperlukan jika anda sebagai salah seorang daripada waris tidak dapat hadir ketika perbicaraan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil .
.
Apakah nama borang yang disebutkan di atas?
Borang itu adalah Borang DDA .
Borang DDA ini perlu diisi dan di tandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah
.
Bilakah borang DDA perlu diisi dan dilengkapkan serta di tandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah ?
Borang DDA ini seeloknya tarikh di tandatangani adalah selepas borang D dikeluarkan oleh Pejabat Pusaka Kecil
.
Apa maksud borang D?
Borang D adalah Notis Perbicaraan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pusaka Kecil
.
Bilakah Borang DDA perlu diserahkan kepada Pejabat Pusaka Kecil ?
Borang DDA ini perlu dibawah oleh waris yang hadir ketika bicara dan di serahkan kepada pegawai bicara.
.
Apakah tujuan Borang DDA ini?
Borang ini sebagai ganti persetujuan untuk waris yang tidak dapat hadir ketika bicara pusaka .
Bagi waris yang hadir pula, mereka boleh memberikan persetujuan secara lisan semasa bicara pusaka .
.
Adakah borang DDA ini boleh isi sendiri ?
Untuk makluman semua borang yang berkaitan pentadbiran pusaka di Pejabat Pusaka Kecil ( borang A, Borang DDA, Borang P, DLL) boleh di isi sendiri tanpa melantik peguam tetapi tidak halangan jika ingin melantik peguam.
.
Dimanakah ingin mendapatkan borang tersebut ?
Anda boleh dapatkan di Pejabat Pusaka Kecil atau download di laman web JKPTG seperti di link ini
.
Bagaimana ingin mengisi borang DDA ini?
Cara isi adalah seperti dilampiran
Sumber lampiran daripada Tuan Ahmad Termizi Bin Abdullah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran