Caj hospital swasta makin melampau, siapa sebenarnya yang dilindungi?

  • 2Minutes
  • 210Words
  • 68Views

Caj melampau hospital swasta: Sampai bila pengguna menjadi mangsa?

Tahun 2015, KKM sendiri pernah buat satu posting Facebook berbunyi: “Hospital swasta caj melampau diselar.”

Hari ini, 2025.

Soalan: Apa yang berubah dalam masa 10 tahun?

Jawapan: TIADA.

Hospital swasta caj makin melampau-lampau sehingga inflasi perubatan Malaysia lebih tinggi berbanding negara-negara serantau.

Caj melampau-lampau itu dah satu hal. Kalau ada medical card, caj lagi melampau-lampau-lampau-lampau.

Lepas tu claim takaful dan insurans semakin tinggi.

Apabila claim semakin tinggi, maka tabung takaful makin susut saban tahun.

Akhirnya, syarikat takaful dan insurans menaikkan sumbangan dan caruman medical card, maka berlakulag repricing.

Pengguna terbeban. Tapi yang selalu disalahkan ialah ejen takaful 😂

Walhal ejen takaful lagi stress nak menghadap pelanggan apabila berlaku repricing dan komisen pun belum tentu dapat.

Sekarang KKM cadang pula: Guna duit KWSP bayar medical card.

HELLO? Masalah tak selesai.

Hospital yang kenakan caj melampau-lampau akan terus kenakan caj.

Inflasi perubatan di Malaysia akan terus kekal tinggi berbanding negara-negara lain.

Dan syarikat takaful / insurans akan kenakan caj yang lebih tingggi dan repricing apabila claim meningkat.

Rakyat?

Akan terus dikenakan caj yang mahal apabila masuk ke hospital swasta.

Akan terus menanggung kos repricing

Duit KWSP pun akan semakin menyusut.

Siapa sebenarnya yang dilindungi?

Pesakit atau penyedia perkhidmatan?

Lu pikir la sendiri!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya terbaca satu posting, katanya daripada seorang pengguna Facebook…