fbpx

Cerita Tentang Gereja Beri Bantuan Rupa-Rupanya Palsu

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 296Words
  • 546Views

Selama bertahun-tahun cerita tentang seorang lelaki yang kesuntukan wang berusaha mendapatkan bantuan daripada masjid tetapi gagal dan kemudian mendapat bantuan daripada gereja dengan mudah.

Posting asal boleh baca di sini

Cerita ini viral dengan kritikan pedas terhadap institusi masjid dan zakat.

Rupa-rupanya ia palsu!

Info dari sahabat saya Tuan Ustaz M Fakhrurrazy M Ariff dari Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan;

Kalau hangpa sedar ada banyak versi cerita yang tersebar betapa mudahnya gereja memberi bantuan kewangan dan pada masa yang sama melumat lunyai institusi Islam. Institusi masjid dan zakat dipijak henyak.

Kami yang sudah berpuluh tahun sebagai amil sudah terbiasa dengan segala mehnah ini. Lebih-lebih lagi sejak tumbuhnya media sosial bak cendawan yang galak selepas hujan.

Kawan baik saya sendiri cuba merisik kebenaran cerita tersebut. Dia bersama rakan-rakannya membuat kajian kes di 6 buah gereja sekitar Petaling Jaya baru-baru ini. Adakalanya mereka berlakon dan adakalanya mereka terus menemubual kakitangan gereja.

Diringkaskan cerita gereja-gereja tersebut tidak pernah menyediakan bantuan kecemasan seperti dalam cereka tersebar. Gereja-gereja tidak pernah menyediakan buku daftar pemohon mahupun tong prihatin berisi wang.

Kawan saya pernah berlakon menjadi pelajar yang sengkek terdesak memerlukan wang. RM500 pihak gereja sedekah padanya? Tidak. RM50 pun tidak. Malah dengan penuh hikmah dan bermurah hati, petugas gereja menghadiahkan kawan saya tazkirah panjang lebar. Akhir kalamnya, disuruh kawan saya memohon bantuan Baitulmal.

Itulah hakikatnya kecelaruan maklumat di era kedurjanaan siber.

Cerita ke sana ke mari. Hebah dan kecoh pong-pang pong-pang. Tapi berselindung atas ID palsu. Bila diajak bersemuka tidak disahut.

Cerita yang menarik, gaya penulisan yang enak, isinya tiada dusta malah benar-benar belaka, saya pun suka. Semua orang suka. Allah lebih suka. Jika disebar, pahalanya berganda-ganda mengalahkan sistem MLM, pairing, dua kaki, tiga kaki, lapan kaki bagai. Buahnya harum mekar subur mewangi di syurga.

Kalau info palsu? Tipu? Fitnah? Cereka? Jawablah nanti.

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ejen takaful sebegini (yang katanya IFP Wealth Manager) perlu disekolahkan…