Dalam Kewangan Pun Ada Mazhab?
Ada mazhab kewangan yg konservatif dan bersifat defensif. Hutang tak perlu banyak, tapi perlu ada banyak simpanan. Dalam mazhab ini, tidak digalakkan berhutang kecuali dana rizab benar-benar mencukupi untuk mengimbangi risiko dalam satu-satu pelaburan.
Dalam masa sama, ada mazhab perancangan kewangan yang bersifat agresif dan offensive dengan cara menambah hutang-hutang pelaburan seperti hutang hartanah, hutang bisnes, hutang ASB loan dan lain-lain. Mazhab ini mazhab yang agressif dan bersikap “high-risk taker”.
Mana satu betul mana satu salah?
Tak ada yang betul, tak ada yang salah.
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.
Ia sama macam perbezaan “mazhab” ekonomi. Ada mazhab Keynesian, ada mazhab Fiscal Conservatives.
Pendekatan kewangan saya lebih kepada yang pertama tadi, konservatif dan defensif. Sesiapa yang pernah ikuti Seminar BMW, tentu tahu yang saya namakan ia sebagai “mazhab al-Afyani” 😁
Kelebihan mazhab ini ialah risiko untuk kena sontot itu rendah. Melabur hanya pada tempat yang selamat dan kurang berisiko. Dana kecemasan tinggi. Slow dan steady.
Mazhab ini saya bukukan dalam kitab ebok Bijak Merancang Wang yang diterbitkan beberapa tahun lepas dalam bentuk digital.
Selain itu ia juga diprogramkan dalam bentuk Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Kali terakhir saya anjurkan ialah pada 2019. Hampir setahun juga saya tidak menganjurkannya, kecuali ada jemputan.
Ada juga yang cadangkan untuk adakan secara mega, setakat ini belum dpt hidayah.
Justeru, tahun ini saya terbitkan pula dalam bentuk video. Ia usaha beberapa tahun sebelum ini lagi, hanya tahun 2020 baru ia berjaya direalisasikan dan dipersembahkan dalam bentuk E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.
Ia menggabungkan 17 video pembelajaran dan 1 ebook. KLIK www.SeminarBMW.com
Ada yang sudah dapatkan, boleh tonton dan baca? Tahniah, anda sekarang telah menjadi sebahagian daripada mazhab Al-Afyani secara separa sedar 😂
Sila kongsikan pengalaman anda selepas menyertai mazhab ini.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran