Darurat 2021
Darurat
Dalam kitab-kitab fiqh, istilah “darurat” merujuk kepada situasi apabila keadaan terlalu terpaksa untuk menyelamatkan nyawa.
Contoh klasik yang biasa diberikan, ialah darurat makan khinzir / babi.
Hukum makan khinzir adalah haram. Tapi dalam situasi darurat, ia diharuskan.
Bagaimana untuk menilai keharusan makan khinzir dalam keadaan darurat?
Contohnya tersesat dalam hutan dan tiada makanan lain selain khinzir. Situasi itu akan dipanggil darurat sekiranya jika tidak makan, akan menyebabkan kehilangan nyawa.
Tapi ia bukan semudah “sesat daalam hutan dan tiada makanan”, sebab dalam hutan masih ada sumber makanan lain seperti rumput, daun, ulat dan sebagainya. Bukannya terus pergi makan babi.
Maknanya, jika masih ada sumber makanan lain seperti di atas, situasi masih belum darurat untuk makan babi tadi. Situasi darurat hanya timbul apabila sudah ketiadaan sumber lain, selain babi. Jika diambil contoh yang sama, sudah habis semua rumput, daun, ulat, haiwan lain untuk dimakan dan hanya ada babi – maka barulah harus untuk makan babi sekiranya tak makan akan memudaratkan diri. .
Kemudian ada kaedah yang disebut “darurat pada kadarnya”. Ini pula, jika merujuk kepada situasi di atas, makan babi hanya sekadar untuk mengelakkan diri daripada mudarat kehilangan nyawa. Bukan makan babi sampai sendawa 3 kali. Atau babi tadi siap dimasak panggang, atau masak lemak 3 rasa untuk dimakan hingga menjilat jari.
Kaedah ini terpakai dalam segala bentuk urusan muamalat.
Contohnya dalam industri kewangan.
Kita sudah ada pilihan untuk memilih produk takaful yang patuh syariah, jadi tiada keperluan untuk memilih insurans konvensional. Tidak kira sebagai ejen atau sebagai pelanggan.
Tapi ada situasi darurat untuk pelanggan yang sudah melanggan lama sebelum dia mengetahui insurans konvensional haram atau sebelum fatwa dikeluarkan, dan sudah mempunyai sejarah penyakit.
Dalam situasi ini, jika dia membatalkan polisi insurans konvensional, ada kemungkinan memudaratkan hartanya sekiranya berlaku claim. Maka dalam situasi tersebut, ada kemungkinan ia adalah darurat dan sebaiknya merujuk kpd pakar muamalat untuk mendapat jawapan tuntas.
Begitu juga dalam sesetengah situasi, hanya produk insurans konvensional sahaja yang ada tapi tiada takaful. Maka ia juga mungkin boleh dikira sebagai darurat, namun perlu mendapat nasihat daripada pakar agama dan muamalat.
Isu pendemik
Contoh lain, dalam situasi pendemik sebegini, ramai yang terkesan akibat krisis. Kemudian pilihan yang ada ialah bisnes yang mudah dilakukan tetapi haram. Adakah ia dikira sebagai darurat?
Ia masih belum dikira darurat sekiranya kita masih ada peluang untuk lakukan bisnes lain. Mungkin bisnes lain yang halal tidaklah semudah dengan bisnes haram tadi, jadi ia tidaklah menjadikan melakukan bisnes haram itu sebagai darurat.
Maka carilah peluang bisnes atau pekerjaan yang halal dan tidak syubhah. Pendapatan seorang rider penghantar makanan yang hanya beberapa ringgit sekali penghantaran, berjuta kali lebih baik daripada pendapatan berpuluh ribu sebulan bersumberkan pendapatan haram atau syubhah.
Atas sebab itu, rujuklah kepada pakar agama.
Cara mudah untuk tinggalkan pekerjaan yang haram / riba adalah membayangkan ia adalah BABI.
Orang kita lebih sensitif dengan BABI berbanding riba / haram.
Bayangkan, pendapatan puluh-puluh ribu daripada pekerjaan yang haram dan mudah itu umpama babi panggang 3 rasa, berbanding pekerjaan lain yang sukar dengan pendapatan rendah itu ibarat rumput dan daun.
Jika dapat gambarkan begitu, mungkin lebih mudah untuk tinggalkan pendapatan haram tersebut.
Muhasabah untuk diri sendiri.
Nak belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang?
Klik www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran