fbpx

Debt consolidation: Kelebihan, kekurangan, dan risiko yang perlu dipertimbangkan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 254Words
  • 586Views

Akhir-akhir saya terima banyak persoalan berkenaan cadangan utk loan atau debt consolidation.

Loan consolidation bermaksud; menyatukan beberapa hutang dalam satu hutang tunggal.

Contohnya, jika ada hutang personal loan, hutang kad kredit, hutang kereta, hutang PTPTN – kemudian buat hutang baru (selalunya personal financing / personal loan) untuk bayar hutang sedia ada. Jadi, di akhirnya ada satu sahaja hutang yang perlu dibayar.

Contoh lain, buat refinance hutang rumah Kemudian bayar hutang-hutang lain, dan hanya bayar hutang rumah sahaja.

Bagus ke tak buat debt consolidation ini?

Suka saya ingatkan, semua perkara akan ada pro dan kontra.

Kelebihan buat loan consolidation, kita boleh mengurangkan ansuran bulanan tapi kekurangan, ia akan memanjangkan hutang.

Ada sesetengah kes, apabila lakukan startegi ini, dapat lebihan. Macam kes dalam persoalan di atas, siap dapat lebihan 50k lagi.

Tapi harus diingat, 50k itu adalah hutang baru dan bukannya duit free. There ain’t no such thing as a free lunch.

Dan hutang itu perlu dibayar balik.

Bagi orang awam yang tidak ada kemahiran kewangan, sangat saya tidak galakkan untuk lakukan tindakan begini.

Ia hanya gali lubang tutup lubang. Tambah lagi, merancang duit lebihan daripada debt consolidation Itu untuk memulakan pelaburan baru.

Buat hutang baru untuk bayar hutang lama bukanlah tindakan bijak. Ia hanya menguntungkan bank dan pihak yang mempromosi kaedah debt consolidation Ini.

Lebih baik fokus kepada tingkatkan ilmu kewangan da siap tambah pendapatan.

Apabila ilmu bertambah, kita ada banyak jalan untuk tambah pendapatan. Apabila pendapatan bertambah, kita akan dapat menyelesaikan banyak kewangan.

Jika ada perbezaan pandangan, dialu-alukan 😌

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
By right, kalau harga rumah mahal, jangan beli rumah daripada…