Fenomena Social Proofing
*Post ini panjang. Klik butang Share jika mahu baca kemudian.
Rolf Dobelli dalam bukunya, The Art of Thinking Clearly, memberi satu situasi.
Pernah tak kita berjalan-jalan di tengah bandar atau dalam mall. Tiba-tiba kita terlihat ramai orang memandang ke langit. Tanpa berfikir panjang kita pun mendongak juga.
Sama juga halnya sewaktu mendengar ucapan pengetua di sekolah. Seorang mula menepuk tangan, tiba-tiba jumlah yang tepuk tangan bertambah ramai dan kita juga menepuk tangan.
Ini dipanggil fenomena Social Proofing.
Social Proofing ini memberi gambaran bahawa seseorang itu merasakan dirinya bertindak betul apabila turut berkelakukan seperti orang lain.
Menurut beliau lagi, fenomena Social Proofing inilah dalang yang membuat kekecohan dalam pasaran saham. Begitu juga dengan mana-mana pelaburan lain.
“Haaa… Sekarang masa terbaik untuk beli emas. Semalam aku berjaya close 3 orang beli.”
Bila dengar, kita pun tergerak hati, “Kalau tak beli emas sekarang rugi pulak aku.”
Ada masanya semua orang di facebook berkata, “Inilah teknik pelaburan terbaik… bla bla bla.”
Dan kita pun buat kajian sikit-sikit dan kemudian turut bersetuju dengan perkara tersebut.
Social Media Influencer
================
Kebanyakan masanya situasi ini dicetuskan oleh social media influencer.
Contohnya ada selebriti hartanah di facebook kata, “Menurut pemerhatian saya, projek service apartment ini adalah yang terbaik di kawasan xxxx. Rugi jika tak beli sekarang.”
Selepas baca penerangan panjang lebar. Kemudian tengok komen pentaksub semua setuju, tiba-tiba kita pun rasa macam perlu bersetuju.
Selepas projek itu siap, akhirnya tiada siapa mahu sewa. Mahu jual pun payah.
Bila dikaji rupanya ada satu poin yang tidak dipandang, apartment itu terlalu high density, ada 1500++ unit!
Ini turut sama berlaku dalam beberapa kes lain.
Dua tahun lepas, ada ramai otai-otai pasaran saham kata, “Tahun ini adalah tahun oil & gas. Jadi marilah target syarikat-syarikat berkaitan minyak.”
Tup tup… kita pun tahu apa jadi dengan industri itu.
Konsep authority sudah berubah. Kita mudah taksub kepada seseorang yang kerap share dalam sesuatu topik. Dan bila si dia beri cadangan, kita terima bulat-bulat.
Samalah halnya dengan Tok Belagak. Suatu ketika dahulu saya post sikit sahaja pasal emas delay. Tok Belagak akan bawa segerombolan tentera datang komen. Dalam masa 20 minit, boleh cecah 100 komen.
“Pensyarah ekonomi pun join seminar tok tau!”
Ejen misleading
============
Dalam produk kewangan juga begitu.
Kenapa dari dulu saya bangkitkan isu misleading di kalangan ejen takaful tapi sampai sekarang tak pernah selesai?
Sebab social proofing.
Ada ejen baru berdaftar dengan satu agensi, dan perkara misleading itu yang diajar.
“GAM (Group Agency Manager) pun buat benda sama. AM pun buat benda sama. Boleh je close sale.”
Jadi ia sentiasa beranak pinak. Bila dihentam secara terbuka, maka mereka akan bawa segerombolan ejen datang komen.
Walaupun kita sudah terangkan dalam post mengenai apa yang mereka buat adalah misleading. Mereka balik buat meeting, kemudian masih akan lakukan perkara yang sama kerana tidak merasakan ia sesuatu yang salah.
Kenapa mereka tidak rasa bersalah?
Jawapannya, Social Proofing. Seluruh agensi guna sales idea yang sama.
Sebagai orang awam
=============
Bila sebut melabur, kita akan terus terbayangkan perlukan modal duit. Jadi kita terus teringat mahu cari kawan kita yang kerja di bank, yang jadi ejen unit trust atau ejen takaful, atau main saham.
Tidak semestinya begitu.
Ada orang tulis buku, kemudian hantar kepada penerbit. Akhirnya setiap tahun dia cuma tunggu duit royalti sahaja.
Ada orang kerahkan tenaga sendiri berkuli belajar buka gerai burger. Dari situ dia mula buka gerai sendiri. Daripada satu tapak kepada 3 tapak kemudian 5 tapak. Akhirnya dia sudah tidak perlu bekerja lagi. Ini juga pelaburan.
Ada orang melabur dalam ilmu pergi kursus sana sini dapatkan sijil. Akhirnya dia dapat naik pangkat atau diterima bekerja di syarikat lain dengan jawatan lebih tinggi.
Pelaburan terbaik buat diri kita adalah sentiasa mencari ilmu supaya tidak mudah ditipu dan juga supaya dapat menjadi diri kita yang lebih baik daripada hari ini.
Apabila didatangi ejen berkaitan kewangan, gunakan taktik ini. Banyakkan bertanya soalan.
Jika mindset ejen itu adalah mindset jurujual, pasti mereka cuba meng’goreng’ setiap soalan yang diajukan dan akhirnya ada part yang tersilap.
Jika mindset ejen itu ‘advisory approach’, jika mereka tidak dapat jawab soalan mereka akan berkata, “Saya tidak pasti mengenai soalan tuan, boleh saya salin dahulu dan kemudian selepas dapatkan jawapan daripada autoriti, saya akan hubungi tuan semula.”
Perkara terbaik yang tuan boleh buat sekarang adalah SHARE post ini. Haha.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran