Fitnah terhadap perbankan Islam: Ini jawapan mufti
UND FITNAH, MUFTI SEKOLAHKAN
Terima kasih Sohibus Samahah Mufti, Dato’ Dr Asmadi Mohd Naim menjawab fitnah UND terhadap perbankan Islam sekaligus menyekolahkan dia.

Tapi saya yakin dan percaya, walau panjang mana pun penjelasan diberi, UND dan geng anti bank Islam memang tidak akan pernah puas hati.
Masalah mereka bukan fiqh.
Masalah mereka ialah ego dan sentimen yang dibalut dengan istilah Arab supaya nampak cerdik.
FITNAH UND TERHADAP PERBANKAN ISLAM
1. Mendakwa jual beli dalam tawarruq adalah jual beli palsu kerana komoditi tidak bergerak dan hanya menjadi dummy product.

2. Menuduh perbankan Islam menukar lafaz akad tetapi hakikatnya tetap riba seperti perbankan konvensional.
3. Menyamakan tawarruq munazzam dengan helah yang dikritik Ibn Qayyim lalu menyimpulkan ia riba tersembunyi.
4. Mengatakan komoditi di Bursa Suq Al-Sila’ tidak bergerak, tidak pernah keluar dan tidak berpindah milik, lalu mendakwa semua transaksi adalah fake trade.
5. Menganggap keuntungan tawarruq sama seperti faedah riba kerana pelanggan membayar lebih untuk dapat tunai.
6. Menggunakan jurang antara nominal trade dan actual volume sebagai “bukti” transaksi tidak berlaku secara sebenar.
7. Mendakwa bank dan pelanggan tidak pernah mahu barang tersebut, lalu menyimpulkan akad itu tipu dan batil.
8. Mengatakan bahawa jika bank riba tukar akad kepada Tawarruq Munazzam, kesan buruk ekonomi riba akan kekal sama sepenuhnya.
9. Menuduh bahawa credit creation, inflasi, penggelembungan hutang dan jurang kaya miskin akan kekal wujud walaupun akad patuh syariah digunakan.
10. Mengguna hujah berkaitan “laba” dengan menyamakan ia sebagai dakwaan Yahudi yang cuba menyerupakan jual beli dengan riba.
11. Menyatakan bahawa perbankan Islam hanya menukar akad di atas kertas tanpa perubahan substans pada ekonomi.
12. Menggunakan perbandingan angka trade Bursa Suq Al-Sila’ dengan jumlah CPO di Malaysia untuk menggambarkan seolah-olah majoriti komoditi hanya berpusing sebagai dummy product dan bukan permintaan sebenar.”

JAWAPAN BALAS OLEH DATO’ MUFTI
1. Menegaskan bahawa menuduh akad sebagai palsu tanpa bukti dokumen adalah fitnah yang berat dan berdosa besar.
2. Menjelaskan bahawa akad sah dinilai berdasarkan rukun dan syarat jual beli, bukan berdasarkan persepsi individu.

3. Menerangkan bahawa pemilikan hukum (milkiyyah hukmiyyah) adalah pemilikan sah dalam fiqh muamalat moden dan perdagangan komoditi global.
4. Menunjukkan bahawa data Bursa Suq Al-Sila’ membuktikan wujudnya transaksi sebenar, bukan jual beli ilusi.

5. Menyatakan bahawa struktur tawarruq telah disahkan oleh AAOIFI, MPS BNM dan selaras dengan undang-undang muamalat.
6. Menegaskan bahawa keuntungan dalam tawarruq datang daripada jual beli sah, bukan pinjaman dengan faedah.

7. Mengingatkan bahawa memfitnah institusi Islam sebagai penyembunyi riba adalah bahaya besar kepada umat.
8. Menjelaskan bahawa tawarruq melibatkan tiga pihak sedangkan riba hanya dua pihak, maka kesannya jauh berbeza.

9. Menyatakan bahawa bank Islam tidak boleh menaikkan harga walaupun berlaku kelewatan bayaran, berbeza dengan bank konvensional.
10. Menegaskan bahawa ketika Covid, pelanggan perbankan Islam lebih terlindung kerana tiada compounding dan tiada caj tambahan dibenarkan.
11. Menjelaskan bahawa dalam krisis ekonomi 2009, bank konvensional terjejas kerana berasaskan hutang, manakala bank Islam lebih stabil kerana berasaskan aset.

12. Mengingatkan bahawa ramai peniaga bukan Islam juga memilih pembiayaan Islam kerana kosnya tetap, jelas dan boleh dijangka.
13. Menolak dakwaan UND bahawa “tiada perubahan ekonomi” kerana perbankan Islam tidak mencipta hutang bertingkat seperti sistem konvensional.
PENUTUP
Sebenarnya apa yang diterangkan oleh Dato’ Mufti bukan perkara baharu.
Polisi tawarruq oleh Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah diterbitkan sejak 2013 lagi.
Dokumen itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Jika ada bank melanggar garis panduan itu, buat laporan dan bank boleh disaman.
Kalau dilihat secara keseluruhan, apa yang UND bawakan bukan perbahasan fiqh.
Ia bukan ilmu. Ia hanyalah campuran prasangka, emosi, sentimen dan angan-angan yang dibalut dengan istilah Arab supaya kelihatan ilmiah.
Sedangkan perbankan Islam dibina atas rukun akad, kelulusan ulama, piawaian antarabangsa dan kawal selia yang ketat.
Kritik boleh, itu biasa. Fiqh memang luas.
Tetapi jangan sampai menyebarkan fitnah yang menyesatkan masyarakat.
Betul kata Dato’ Mufti di dalam posting asal;
“Di zaman kita, ada lagi orang bawa naratif seumpama orang Yahudi yang dibentak oleh Allah SWT, nak samakan jualbeli dengan riba, walau dalam dokumen dan pengecualian cukai yang diluluskan sudah mengiktiraf itu adalah jual beli! Mereka tetap nak kata itu riba untuk HALALKAN mereka makan riba konvensional (yang dia rasa murah!).”
Pedih, tetapi benar.
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

