February 22, 2016
Formula Kewangan Menggunakan Model INFAQ
Pendapatan, dibahagikan kpd bahagian;
- 30% Perbelanjaan isi rumah
- 30% Pembayaran hutang
- 30% Lebihan
- 10% Pemberian dan lain-lain
1. 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH
- sewa,
- petrol,
- makan,
- minum
- dll
2. 30% PEMBAYARAN HUTANG
- hutang rumah,
- hutang kereta,
- hutang personal,
- hutang pendidikan
- dll
Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dgn maksima 60%.
3. 30% LEBIHAN
3.1 SIMPANAN (10%).
Instrumen simpanan mestilah:
- Simpanan 10%
- Perlindungan 10%
- Pelaburan 10%
Lebihan pula dibahagikan kpd 3:
- a) Tiada caj dan risiko
- b) Mudah cair
Kenapa perlu 2 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.
Atas dasar itu, Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 6% setahun dan ditolak zakat.
Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.
3.2 PERLINDUNGAN (10%), melalui takaful.
Perkara yg perlu dilindungi ialah:
- a) Perlindungan pendapatan
- b) Penyelesaian hutang
- c) Pengekalan aset
Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal.
3.3 PELABURAN (10%), ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.
Pelaburan, melalui kaedah:
- a) Peningkatan nilai modal, dan
- b) Pendapatan pasif
4) 10% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.
NOTA:
- Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT & FINANCIAL QUOTIENT dan perkara an INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.
- Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60%
- Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.
- PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Untuktakaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.
- Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran