fbpx

Lelaki Ini Kongsikan Tip Jimat Beli MPV Untuk Balik Kampung Beraya

  • 5 years ago
  • 7Minutes
  • 1213Words
  • 616Views

 

luxgen-mpv1

“Afyan, aku nak beli kereta. Apa pendapat kau?”, tanya seorang rakan ketika kami bersembang baru-baru ini.

“Dah tu kenapa?”, tanya saya balik.

“Laaa… kan kau pernah tulis dulu, pasal tip membeli kereta”, katanya.Tak sangka pula, rakan saya ni mengikuti tulisan saya. Mungkin dia merujuk tulisan saya yang pernah tersiar di MajalahNiaga.com dahulu di http://www.majalahniaga.com/tip-bijak-wang-beli-kereta.html

“Oho…”, balas saya.

“Kau dah ada kereta kan?”, tanya saya.

“Ya, aku ingat lagi nasihat yang kau bagi dulu masa nak kahwin”, balasnya.

Baru saya teringat, saya pernah berikan konsultasi kewangan sebelum beliau berkahwin dahulu. Selain dari kos perkahwinan, saya cadangkan juga tentang kereta. Alhamdulillah, banyak juga yang beliau ikuti.
Beliau memang ‘kipas susah mati’ saya sejak dahulu. Banyak perkara kewangan beliau tanyakan kepada saya dan saya gembira membantu beliau. Dan beliau juga nyaris terjebak skim yang akhirnya tersontot baru-baru ini.

“Ok, jadi nak beli apa lagi kalau dah ada?”, tanya saya.

“Itulah, aku nak beli MPV cadangnya. Anak-anak dah bertambah.”, jelas beliau.

“Oho…. Kau dah kira dari segi cashflow?”, tanya saya.

“Itulah aku nak tanya kau ni. Kau kan perunding kewangan aku sejak azali lagi. Keh, keh, keh…”, katanya sambil gelak ketawa.

“Amboi-amboi-amboi! Paling kurang sejam aku boleh dapat seribu ni utk bagi advise kpd korporate. Keh, keh, keh…”, saya pula membantai gelak.

Begitulah kami, memang kami berkawan sejak zaman belajar dan masih akrab sampai sekarang.

“Ok, kita kembali kepada tajuk”, beliau membetulkan tempat duduk.

Lalu beliau ceritakan situasinya, yang anak sudah masuk 3 orang dan berkehandak kepada MPV dan katanya kereta sedannya sekarang sudah tidak lagi mampu menampung ahli keluarganya yang semakin ramai.

Saya keluarkan kertas utk kirakan cashflow.

Kereta sedia ada, ansuran RM500 – masih lagi berbaki 3-4 tahun. Kereta ini dibeli selepas anak kedua lahir. Dibeli berdasarkan tip yang pernah saya kongsikan sbelum ini. Jika beli MPV baru, ada beberapa situasi yang akan dhadapi;

1. Trade in kereta lama, kena top-up RM3,000 sebab market price masih terlalu rendah berbanding baki hutang.

2. Deposit kereta baru RM5,000 hingga RM10,000. Saya tidak galakkan ambil skim “zero-deposit”.

3. Ansuran kereta MPV baru sekitar RM1,000 ke RM1,500. Saya tak galakkan ansuran melebihi 7 tahun. 5 tahun sudah memadai.

Saya menggeleng-geleng kepala; “Aku tak advise ambil MPV baru. Tercekik kau punya cashflow nanti”.

“Alaaaa…”, dia tak puas hati. Saya dapat agak. Sebenarnya dia sudah buat keputusan cuma mahukan ‘endorsemen’ saya sahaja.

“Begini Bro, duit kau bukan duit aku. Aku advise berdasarkan pengalaman aku dalam bidang kewangan. Membeli kereta merupakan perkara terbodoh dalam kewangan”, saya memetik kata-kata dari tulisan Pakdi, seorang rakan juga dalam bidang kewangan.

“Hmmm…”, nampak beliau masih tak puas hati. Tapi tiada sebarang respon. Dia pun tahu cara saya.

“Ok, apa tujuan sebenar kau beli MPV?”, tanya saya. Bukan untuk saya tahu, tapi supaya dia tahu objektif sebenar.

“Nak bawa famili la”, katanya semacam geram dengan soalan saya.

“Nak bawa ke mana?”, soal saya lagi.

“Nak gi jalan-jalan, nak gi balik kampung”, katanya.

“Kereta sekarang ni?”, tanya saya lagi.

“Kereta sekarang dah tak muat sangat. Anak dah 3. Tahun depan mungkin dapat 4. Ini nak dekat raya dua tiga bulan lagi, terhimpit-himpit anak-anak aku naik kereta sekarang ni”, jelas satu persatu. Agak mendatar.

“Hmmm…. Kalau tak balik kampung, ok tak kereta sekarang ini?”, tanya saya. Saya cuba mencari solusi.

“Kalau tak balik kampung, tak la rasa sangat. Sekadar hantar pergi dan balik sekolah. Sekali-sekala bawa jalan-jalan hujung minggu”, katanya lagi.

Saya sudah nampak satu solusi. Tak jauh bezanya dari situasi saya dahulu.

“Begini, apa kata kau ikut cara aku dulu?”, saya menduga.

“Cara kau? Yang mana? Kau pernah tulis kat FB ke?”, tanyanya.

“Tak. Ini aku share dengan kau sahaja”, kata saya sambil tersenyum, menghirup air di restoran tempat kami berbual-bual.

“Begini, aku dahulu pun pernah mengalami perkara sama. Tapi aku kira-kira balik, tak berbaloi keluarkan deposit 10 ribu, bayar installment seribu hanya semata-mata untuk kepuasan balik kampung”, cerita saya.

Saya menyambung lagi “Cuba kau bayangkan, bayar RM10,000, kemudian bulan-bulan bayar RM1,000 lebih, setahun dah lebih RM20,000. Itu tak masuk lagi kos-kos lain seperti petrol, takaful kereta, roadtax, maintenance, tayar, minyak hitam,  dan lain-lain. Mungkin boleh mencecah RM2,000 sebulan!”

Saya menconteng-conteng kertas dengan angka-angka tadi.

Deposit RM10,000 + Installment RM1,000 x 12 bulan + Kos-kos lain RM1,000 x 12 bulan = RM34,000 / setahun.

“Sebenarnya, sebelum kau hadapi isu ini, aku dah hadapi isu yang sama beberapa tahun lalu, dan apa yang aku buat ialah…..”, saya sengaja menggantungkan ayat di situ.

“Apa???”, tanyanya tak sabar-sabar.

“Baik, sebelum itu aku nak dapatkan confirmation dari kau. Concern engkau untuk tukar kereta ni sebab nak balik kampung raya nanti kan? Sebab kesian dekat anak-anak berjam-jam naik kereta sempit yang sekarang ini?”, saya perlu dapatkan pegesahan beliau terlebih dahulu sebelum berikan solusi.

Jika ya, situasinya sama dengan saya alami.

Saya pun pernah alami dahulu. Hari biasa, kereta sedan saya tidaklah seksa sangat mengangkut anak-anak yang ramai. Tapi apabila musim raya memang menyesakkan. Tambah pula perjalanan hampir mengambil masa setengah hari. Tidak dicampur lagi jika mengalami kesesakan di jalan raya.

“Ya, betul”, jelasnya dengan mata berkaca.

“Maknanya, hari biasa tidaklah teruk sangat kan?”, sekali lagi saya ingin dapatkan pengesahan.

“Ya, ya…. Betul, betul.”, matanya tambah berkaca-kaca.

“Kau sewa sahaja MPV”, ringkas sahaja solusi yang saya berikan.

“Maksud kau?, beliau semacam tidak berapa faham.

“Begini, kos sewa MPV lebih kurang RM1,500 ke RM2,000 untuk seminggu. Kau tak payah fikir pasal ansuran, pasal takaful kereta, pasal roadtax, pasal maintenance, minyak hitam, tayar dan sebagainya. Petrol mungkin kena bajet lebih sikit sebab CC besar”, kata saya.

“Hmmmm….”, nampak berkerut-kerut.

Aiseh, tadi nampak dah berkaca-kaca, sekarang nampak muram balik wajahnya.

“Tadi kan kita dah kira, kos untuk beli kereta baru, untuk tahun pertama mencecah RM34,000 termasuk deposit dengan andaian installment RM1,000 sebulan. Jika installment tinggi, lagi banyak. Kemudian setiap tahun ansuran dan maintenance adalah lebih kurang RM24,000 setahun”, kata saya sambil tunjukkan sekali lagi pengiraan tadi.

“OK…. Tapi sewa pun ada kos”, tanyanya.

Kali ini tidaklah terlalu muram.

“Berapa kos sewa MPV? Katakanlah RM2,000 sekali sewa seminggu. Kau balik kampung setahun berapa kali?”, kata saya sambil menulis angka ‘RM2K’.

“Adalah dalam 2 atau 3 kali. Selalu raya haji dengan raya syawal”, jawabnya.

“RM2,000 kali 3 kali, jadi RM6,000. Itu sahaja kos kau setiap tahun. Mungkin tambah sikit kos petrol”, jelas saya.

Saya sambung sedikit lagi “Kalau nak lebih ekonomi, kau tanya tempat kau sewa kereta tu nanti, boleh tak kereta sedan kau disewakan. Mungkin dapat sikit duit poket untuk cover. Hehe…”, kata saya.

Ya, itulah cara yang pernah saya praktikkan dahulu.

Cuba bayangkan dari kos RM24,000 ke RM30,000 setahun dapat jimat kepada RM6,000 sahaja. Sekurang-kurangnya dapat jimat RM15,000 setahun selepas ditolak kos pertambangan petrol menggunakan MPV.

Jiwa tenang tanpa perlu fikir installment bulanan, maintenance, roadtax, takaful kereta, minyak hitam, tukar tayar dan lain-lain.

Saya cadangakn juga kepada beliau supaya amalkan perkara ini hingga selesai kereta pertamya habis bayar kira-kira 4-5 tahun lagi.

“Jika setahun dapat jimat RM15,000, 5 tahun kau boleh jimat RM75,000. Boleh beli MPV secara CASH!”, saya tekankan perkataan CASH.

“Lagi satu, nanti setiap tahun kau boleh pilih dan sewa MPV berbeza-beza”, kata saya sambil bergurau.

Nampak beliau berpuas hati.

“Fuhhhh…. Memang power tips kau. Memang tak sia-sia aku bayar kau sebagai perunding kewangan aku. Keh, keh, keh…”, katanya sambil memanggil pelayan restoran untuk membayar makan dan minum kami.

Itulah yang beliau bayar kepada saya. Segelas air dan sepinggan mi goreng 🙂

(Follow FB Afyan Mat Rawi dan ikuti perbincangan di posting asal artikel ini)

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Setiap kali Ramadhan saya akan terkenang perjalanan hidup saya. Sebab,…