Harga telur dikawal, tapi caj hospital langit tinggi!

Apa kaitan telur, sarung tangan getah dan kos rawatan hospital swasta?
(1) Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, mencuri perhatian di Dewan Rakyat apabila membawa sebiji telur dan sarung tangan getah semasa perbahasannya.
Bukan sekadar suka-suka, tetapi sebagai simbolik kepada isu yang semakin membebankan rakyat; caj hospital swasta yang melambung tinggi tanpa kawalan.
(2) Tze Tzin membandingkan bagaimana harga telur dulu naik 40 sen ke 50 sen, kerajaan cepat bertindak kawal harga. Tapi, apabila caj hospital swasta melambung hingga 2,000% keuntungan, tiada tindakan tegas.
Contoh paling mengejutkan: pembedahan lutut, dua hari di hospital, caj RM39,000! Dari jumlah itu, pakar cuma caj RM7,800, tapi bekalan hospital pula sampai RM32,000. Logik ke?
(3) Beliau gesa kerajaan guna Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) untuk regulate caj hospital, bukan untuk menyekat, tapi bagi pastikan harga munasabah.
“Kalau caj RM1 atau 50 sen ok, tapi bukan sampai beribu-ribu,” katanya.
(4) Mesej di sebalik telur dan sarung tangan getah
Telur = Harga barang boleh dikawal, jadi kenapa tidak caj hospital?
Sarung tangan getah = Simbol caj perubatan yang mungkin tak terkawal.
Tindakan ini bukan sekadar sindiran, tetapi seruan serius agar kerajaan ambil tindakan.
(5) What’s next?
Patutkah kerajaan campur tangan? Adakah caj hospital swasta akan dikawal?
Yang pasti, rakyat mahu rawatan berkualiti pada harga berpatutan. Kalau telur boleh dikawal, kenapa caj hospital tidak?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran