fbpx

Ini #Awda2018 Ku

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 162Words
  • 351Views

Memandangkan ramai rakan-rakan yang berkongsi pengalaman dan memori sempena #awda2018, saya pun terpanggil untuk berkongsi.

Kisah berlaku pada tahun PMR 1995 saya mengisi borang untuk memohon menyambung ke asrama penuh.

Borang diisi sebelum PMR menggunakan keputusan percubaan kalau tak silap saya. Ada 3 pilihan untuk saya isi di dalam borang, pilihan pertama saya pilih KISAS. Pilihan kedua pun saya pilih KISAS. Dan pilihan ketiga saya pilih KISAS.

Ketika itu tak banyak pilihan sekolah berasrama penuh aliran agama menyebabkan saya letakkan pilihan ketiga-tiganya sama, KISAS.

Selepas mendapat keputusan PMR 7A, 2B hati saya berkobar-kobar untuk sambung ke sekolah berprestij tersebut.

Tapi malangnya permohonan saya ditolak. Sedih betul. Sebenarnya bukan ditolak, tapi diterima di sekolah berasrama penuh lain, yang kedua ibu bapa saya tidak bersetuju sebab bukan sekolah aliran agama.

Sedih bukan kepalang.

Dan selepas itu segalanya tinggal sejarah.

Walaupun saya gagal menyambung pelajaran ke KISAS, saya berjaya berkahwin dengan bekas pelajar KISAS.

Jika saya diterima masuk dahulu, mungkin sejarah itu berbeza.

Sekian memori #awda2018 saya.

Ini #Awda2018 Ku

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, ada JAMINAN 100% REFUND bagi peserta program #SeminarBMW. Sekiranya…