fbpx

Insurans Konvensional, Difatwakan HARAM

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 270Words
  • 532Views

Celah mana pula produk yang dikeluarkan oleh syarikat insurans konvensional boleh dijamin patuh syariah?

Kalau namanya insurans konvensional, ia sudah difatwakan HARAM.

Walaupun syarikat takaful sudah banyak, masih ramai ejen-ejen insurans konvensional yang mempromosi produk insurans konvensional dan takaful serentak. Malah ada juga yang masih percaya bahawa insurans konvensional dan takaful sama sahaja, tiada beza.

Ejen-ejen sebeginilah yang merosakkan industri.

Apapun saya menginsafi bahawa dakwah takaful masih belum berjaya. Masih ramai yang terkeliru membezakan insurans konvensional dengan takaful.

Buat rakan-rakan dalam industri takaful, besar peranan kita untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana, bukan sekadar hanya mengejar bisnes semata.

Kejar bisnes tak salah, tapi biarlah tanggung jawab dakwah takaful dan muamalat Islam itu seiring.

Buat rakan-rakan ejen yang memasarkan kedua-dua insurans konvensional dan takaful serentak, berhijrahlah. Tidak ada lagi alasan untuk tidak berhijrah. Ada banyak kompeni takaful di Malaysia.

Bagi rakan-rakan pelanggan yang terpedaya dan baru mempunyai kesedaran, saya seru kalian turut berhijrah. Ada banyak pilihan produk takaful yang diperakui patuh syariah.

Cara paling mudah ialah tengok nama syarikat dan nama produk. Ada perkataan takaful atau insurans?

Ini adalah cara paling mudah untuk orang awam bezakan antara takaful dengan insurans konvensional.

Jika ada perkataan takaful, ia patuh syariah. Jika tiada perkataan takaful atau ada perkataan insurans / insurance, maka ia tidak patuh syariah. Walaupun dipromosi oleh ejen yang berjanggut dan berkopiah.

Buat rakan-rakan yang membaca tulisan ini, mohon klik like dan share supaya dakwah ini sampai ke sasaran. Moga pahala buat kita semua yang menyampaikan dakwah ini.

Terima kasih.

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram Channel utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin   BERBELANJA SEKADAR KEPERLUAN? Pakar…