Isu sebenar bukan mahal, tetapi gharar dalam model bisnes

Bab mahal murah tu, saya taknak ulas panjang. Memang nampak mahal tu.
Tapi model bisnes sebegini, kena perbaiki supaya tidak timbul isu gharar.
Gharar bermaksud uncertain atau ketidaktentuan. Susah juga nak terjemahan paling tepat perkataan Arab tersebut.
Sama juga macam kita ambil nasi campur lauk pauk, lepas makan baru beritahu staf restoran untuk kira harga. Di situ oun ada isu gharar sebab staf hanya diberitahu lauk sahaja tapi tidak nampak kuantiti sebenar.
Saya lebih suka jika dari awal staf dah tengok lauk yang kita ambil dan beritahu harga.

Itupun kadang masih berlaku gharar jika berbeza staf, lain pula harga. Atau lauk sama, hari berbeza dah lain harganya. Hahah!
Tapi masih boleh diterima jika harga diberi tahu awal.
Lagi bagus, jika restoran letak tanda harga siap-siap, dan staf kedai yang cedokkan lauknya. Tapi jarang nak jumpa. Susah nak cari yang letak tanda harga siap-siap.
Tawakal sahajalah…
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

