fbpx

Jangan bangga sangat dengan kegagalan

  • 2Minutes
  • 267Words
  • 19Views

Sekarang ini macam satu trend pula, lepas SPM terus tayang keputusan teruk sambil buat ayat motivasi.

Siap buat kapsyen panjang lebar macam baru menang anugerah Tokoh Negara.

Katanya SPM bukan segala-galanya, hidup mesti move on, jangan sedih kalau result teruk.

Ya betul, SPM bukan penentu hidup mati seseorang, tapi itu bukan tiket untuk berbangga-bangga dengan kegagalan.

Belum apa-apa lagi sudah nak buat posting motivasi konon-konon life coach.

Padahal baru lulus sekolah pun cukup-cukup makan.

Cerita bangkit itu memang power, tapi kena faham, bangkit itu selepas usaha sungguh-sungguh, bukan selepas bangga gagal.

Bukan semua benda dalam hidup ini boleh dilayan dengan ayat redha dan pasrah tanpa usaha.

Kadang-kadang bukan sebab rezeki belum sampai, tapi sebab malas yang membiak tanpa segan silu.

Tak semua orang lahir pandai, itu betul.

Tapi semua orang lahir dengan peluang untuk berusaha.

Jangan jadikan kegagalan itu trofi, seolah-olah malas belajar itu perkara biasa dan patut dibanggakan.

Kalau hari ini kau bangga sebab gagal, jangan hairan esok lusa kau juga yang mengeluh sebab kerja tak dapat, gaji kecil, hidup susah.

Masa itu jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan cikgu, jangan salahkan mak ayah.

Salahkanlah diri sendiri yang dulu pernah rasa bangga sangat sebab gagal.

Nak gagal, silakan.

Tapi jangan heret generasi seterusnya jadi spesis yang mengagungkan kegagalan.

Kalau betul nak bagi motivasi, tunjuk bagaimana kau usaha bertungkus-lumus selepas gagal, bukan tayang keputusan gagal sambil buat kapsyen poyo.

Motivasi bukan datang dari kegagalan yang dibanggakan, tapi dari usaha keras yang tidak diceritakan.

Ingat, bukan semua orang perlu tahu kau jatuh.

Tapi semua orang akan hormat bila kau bangkit tanpa banyak alasan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ekonomi Malaysia Sekarang Pekerja: Bos, mulai esok saya nak balik…