Jurang antara undang-undang sivil dan syariah dalam kesalahan seksual

Perbandingan antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah dalam isu kesalahan seksual memang ada jurang yang jelas.
Dalam undang-undang sivil, jika berlaku hubungan suka sama suka dengan individu bawah umur 18 tahun, ia tetap dianggap sebagai rogoI.
Undang-undang melihat kepada umur sebagai faktor utama tanpa mengambil kira kerelaan.
Sebaliknya, dalam undang-undang syariah, jika kedua-dua pihak sudah akil baligh dan melakukan perbuatan zina, maka kesalahan dikategorikan sebagai zina.
Perkara ini tidak melihat kepada umur undang-undang, tetapi lebih kepada tahap baligh dan taklif seseorang menurut hukum syarak.
Dari sudut pembuktian, syariah menetapkan syarat yang sangat ketat.
Sama ada pengakuan ikhlas daripada pelaku, atau disaksikan oleh empat orang saksi lelaki yang adil dan menyaksikan perbuatan itu dengan jelas.
Tanpa bukti ini, sabitan zina tidak boleh dibuat.
Dalam undang-undang sivil pula, pembuktian boleh dibuat melalui laporan polis, keterangan saksi, bukti forensik, rakaman kamera litar tertutup dan sebagainya. Pendekatannya lebih meluas serta bergantung kepada kaedah moden.
Mengenai hukuman, undang-undang sivil menetapkan penjara sebagai bentuk hukuman utama, malah boleh ditambah dengan denda. Ia lebih menekankan aspek pengasingan penjenayah daripada masyarakat dan memberi peluang untuk pemulihan.
Manakala undang-undang syariah menetapkan hukuman hudud, iaitu sebat 100 kali bagi penzina ghairu muhsan (belum berkahwin), atau rejam sampai mat! bagi penzina muhsan (sudah berkahwin).
Tujuannya bukan sekadar menghukum, tetapi sebagai langkah pencegahan dan penggerun masyarakat agar tidak mendekati zina.
Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kelantan ini, undang-undang syari’ah lebih jauh terkehadapan dalam memberi solusi.
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

