fbpx

Kembara Merdeka

  • 10 years ago
  • 3Minutes
  • 398Words
  • 447Views

KEMBARA MERDEKA

Kecil-kecil dahulu, saya pernah ke Thailand bersama keluarga apabila ayah bertugas di sana. Saya dapati di sana kos sara hidupnya murah berbanding Malaysia.

Kami bermukim di Pattani, masyarakatnya saling tak tumpah Malaysia malah bahasa Melayu dengan dialek Kelantan difahami masyarakat di sana memudahkan komunikasi kami. Perjalanan menggunakan kereta dari sempadan Pengkalan Kubor sehingga ke tanah Pattani, jalannya lurus bak lebuh raya tiga lorong, dengan jarak lebih kurang dari KL ke Pantai Timur. Yang paling best, tanpa sebarang tol.

Dewasa, Spanyol atau Espana menjadi destinasi kembara paling jauh ke seberang laut saya yang pertama. Kali ini memang “oversea” berbanding Thailand yang hanya “over-river” 🙂

Ia membawa pengalaman manis di negara orang putih ini apabila menjadi “miskin” apabila matawang negaranya Euro sangat tinggi berbanding Ringgit Malaysia. RM1,000 hanya menjadi €250 sahaja.

Di Vietnam, negara kumunis ini pula saya menikmati sisa-sisa peninggalan perang bekas negara yang pernah bertempur dengan gergasi dunia, Amerika. Dengan tektik gerila, askar Vietnam memberi malu kepada askar Amerika sehingga memaksa Hollywood mengeluarkan filem Rambo untuk meng”cover” kemaluan mereka.

Bosnia pula yang terpahat dalam sejarah luka umat Islam, saya menelusuri kesan-kesan perang saudara dengan Serbia.

Di negara umat Islam ini, masjid-masjidnya banyak dijadikan sekadar tempat pelancongan malah juga ada yang dijadikan restoran. Paling sedih, sukar sekali untuk membezakan muslim dan buka muslim di sini. Mencari Muslimah bertudung bagai mencari antah di dalam beras, boleh dibilang dengan jari.

Di Turki pula, kesesakan jalanraya kota Istanbulnya mengalahkan metropolitan Kuala Lumpur. Di negara pimpinan Erdogan ini menggamit kenangan sejarah Islam janji Rasulullah tentang sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik pemimpin, Al-Fateh. Moga Erdogan mengulangi sejarah Al-Fateh di abad ini.

Ke Myanmar membawa misi kemanusiaan mengajar saya erti keamanan bersua dengan saudara seaqidah Muslim Rohingya. Tangisan Muslim Rohingya masih terngiang-ngiang tatkala mereka bercerita kisah sedih mereka dizalimi di tanah lahir mereka.

Malaysia, bumi bertuah. Sekalipun masih menanggung beban PTPTN, harga petrolnya mahal, harga kereta yang dijanjikan turun masih belum turun-turun, GST yang bakal merobek poket tidak lama lagi namun bersyukurlah kerana kita masih punya negara.

Wah, bagai nada sang regim kepada rakyat jelata pula 🙂

Ya, kita harus bersyukur. Bukan harus, malah wajib panjatkan syukur. Bukan kpd sang pemerintah tapi kepada Sang Maha Pencipta.

Kerana di sini, lahirnya sebuah cinta!

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.

Afyan Mat Rawi,
30 Ogos 2014,
Gombak, Malaysia.

P/S: Hujan emas di negeri orang, bawa pulang ke negeri sendiri 🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di sini lahirnya sebuah cinta... Di sini harga petrolnya mahal...…