fbpx

Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum

  • 9 years ago
  • 3Minutes
  • 425Words
  • 569Views

Seorang teman menghubungi saya untuk mendapatkan pendangan tentang perancangannya untuk memulakan bisnes.

Terharulah pula….sebab saya bukanlah seorang usahawan yang berjaya. Saya hanyalah seorang perunding takaful 🙂

Oh, mungkin saya adalah orang terakhir yang dirujukinya selepas mendapat pandangan daripada ramai tokoh-tokoh usahawan berjaya.

”Berapakah modal untuk mulakan bisnes tersebut?”, soalan saya apabila berhadapan dengan rakan-rakan yag ingin memulakan bisnes sendiri.

Ya, modal adalah perkara yang penting di dalam bisnes, selepas ilmu bisnes. Kerana ia akan menjadi penentu kepada untung rugi bisnes berkenaan.

Modal besar tidak semestinya menjamin untung yang besar. Begitu juga modal yang kecil, bukanlah petunjuk kepada untung yang kecil.

Satu perkara yang saya selalu tekankan kepada sesiapa sahaja, jika saudara baru sahaja menjinak-jinakkan diri untuk berbisnes, mulakanlah dengan modal yang serendah mungkin. Lagi rendah lagi baik.

Sekalipun kita mempunyai modal tunai sebanyak RM 10, 000.00, mulakanlah bisnes kita itu dengan RM 1000.00 sahaja. Itupun sudah cukup tinggi. Baki RM 9000.00 lagi kita boleh gunakan untuk 9 bisnes lain seandainya bisnes pertama tidak berjaya. Sekurang-kurangnya dengan RM 10,000.00 tadi, kita boleh mencuba 10 jenis perniagaan, sebelum kita menemui bisnes yang betul-betul sesuai dengan kita.

Pengalaman Peribadi
Saya akui, saya bukanlah seseorang yang berani menagmbil risiko besar. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menjadi perunding takaful sepenuh masa, saya telah mencuba beberapa bidang bisnes.

Kesemuanya tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil di universiti dahulu, kursus undan-undang atau nama glamournya ”kulliyyah of law”.

Ya, saya sebenarnya layak untukm menjadi lawyer. Tetapi hanyalah lawyer mi celup!

Oh, kembali ke topik asal. Berkenaan tentang modal.

Sepanjang pengalaman saya menjalankan beberapa bisnes, saya tidak berani untuk mengambil risiko yang besar untuk setiap bisnes yang saya lakukan. Saya akan sedaya upaya untuk meminimumkan modal bagi setiap bisnes yang saya cuba.

Saya pernah melakukan bisnes percetakan, kad pra-bayar, pembekal buku, pembekal alat bantu mengajar, menjual bunga pada konvokesyen, konsultan perundingan latihan, pasar malam, bazar ramadhan dan tidak ketinggalan juga menjual gorang pisang… Ops, bocor rahsia saya 🙂

Dalam banyak-banyak bisnes saya tadi, hanya dua kali saya memulakan bisnes dengan modal melebihi RM 1000, iaitu bisnes pembekal kad pra-bayar (prepaid card) dan bisnes jualan bunga ketika konvo. Sebahagian kecil pernah saya coretkan di tulisan saya beberapa bulan lalu yang bertajuk ” Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?” di https://afyan.com/?p=742.

Kedua-dua bisnes tadi, saya jalankan dengan modal melebihi RM 1000, dan saya serik melakukannya.

Entri akan datang;
• Pengalaman saya di dalam kedua-dua bisnes tadi.
• Kedua-dua bisnes tadi saya tidak rugi.
• Tetapi saya serik untuk melakukannya lagi.

Buku “Memulakan Bisnes Sendiri” karangan Sifu PTS, Puan Ainon Mohd. Bacaan wajib untuk sesiapa yang SEBELUM memulakan bisnes. Gambar diambil daripada blog http://www.bukubisnes.zamrimohamad.com

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

11 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Entri ini adalah sambungan daripada entri yang lalu tentang strategi…