March 18, 2017
Kenapa Ejen Takaful Suka Membandingkan Takaful Dengan Tabung Haji, ASB?
Perasan tak, ejen takaful selalu membandingkan produk takaful dengan Tabung Haji, bank, ASB.
Siap buat jadual kelebihan yang ada pada takaful tapi tiada pada Tabung Haji. Dan yang lebih menarik, pulangan dalam tempoh tertentu lebih tinggi dari TH bagi tempoh yang sama.
Sama macam membuat perbandingan antara nasi lemak dengan timun dan kacang.
Nasi lemak ada timun dan kacang tapi timun dan kacang tiada nasi lemak.
Nah, saya buatkan jadual perbandingan tersebut. Rujuk gambar pertama.
Gambar-gambar lain saya hanya perlu Google sahaja. Boleh Google “takaful vs Tabung Haji”.
Berminat untuk mengetahui tentang perkara ini? Sila isi borang di bawah.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
2 Comments
Salam tuan, saya merupakan salah seorang ejen yang pernah menggunakan salah satu flyers promosi di atas. Walaubagaimanapun, saya gunakannya sebagai konsep mudah untuk pelanggan sahaja. Tapi, di akhir penerangan saya akan terangkan perbandingan sebenar bagi dua fungsi instrumen kewangan ini kepada pengguna. Dimana, saya akan menekankan takaful lebih kepada perlindungan simpanan jangka panjang mereka, dan simpanan bank sebagai instrumen simpanan jangka masa pendek (wang keluar masuk).
Adakah cara penerangan saya ini dibenarkan? Jika tidak, apakah penerangan yang tepat perlu diberikan kepada pelanggan yang jenis “mind block person” supaya apa yang kita sebagai ejen ingin sampaikan dapat difahamkan dengan mudah.
Saya berharap sangat Tuan dapat membalas komen saya ini dengan menjawab persoalan saya tadi.
Terima kasih.
– Ejen Yang Sentiasa Ingin Belajar
Elok gunakan bahan marketing rasmi yg dibuat oleh syarikat. Yg atas ni semua ciptaan ejen.