Keperluan pencarum KWSP berhijrah ke akaun patuh syariah
Difahamkan, kira-kira 70% umat Islam yang mencarum KWSP masih belum berhijrah kepada akaun patuh syariah.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/KWSP-syariah.jpg?resize=678%2C582&ssl=1)
“Kenapa KWSP tidak jadikan polisi kepada semua pencarum 100% patuh syariah atau sekurang-kurangnya untuk umat Islam ia wajib patuh syariah?”
Al-Jawab: Sebab di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, memang ada jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5%.
Ia membawa kepada implikasi hukum tidak patuh syariah di situ.
Justeru, by default, semua akaun KWSP adalah tidak patuh syariah. Jadi, untuk tukar kepada patuh syariah atas kesedaran diri sendiri dan perlu dilakukan sendiri oleh pencarum.
Untuk mengubah akta tersebut memerlukan persetujuan ahli parlimen.
Tapi jika ada kesedaran, tak susah pun nak tukar kepada akaun KWSP patuh syariah.
Boleh buat online sahaja.
Boleh follow step sini untuk beralih kepada akaun KWSP patuh syariah.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran