fbpx

“Khairat” Medical Card: Alternatif perkongsian kos hospital dengan konsep patuh syariah

  • 1 day ago
  • 3Minutes
  • 498Words
  • 8Views

Assalamualaikum semua,

Pernah dengar tentang program “khairat” medical card?

Konsep macam khairat kematian; tapi untuk perkongsi bil hospital.

Ia bukan takaful, bukan insurans, tetapi satu program perkongsian dana (crowd sharing) kos perubatan

Program ini tidak berada di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), namun ia telah mendapat pengesahan sebagai patuh syariah.

Secara ringkasnya, ia boleh menjadi alternatif kepada medical card takaful, tetapi bukan pengganti secara total.

Saya pertama kali mengetahui program ini sejak 2018 dan pernah menghantar pertanyaan kepada BNM untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Kali pertama saya sertai ialah pada tahun 2020 dan mempromosi program tersebut sehingga 2023, sebelum program tersebut hentikan sistem ejensi. Program tersebut masih berjalan hingga sekarang dan saya masih sebagai pekongsi program tersebut.

Kemudian bekas-bekas ejennya mengambil inisiatif mewujudkan satu lagi program yang sama dengan sistem ejensi, dengan nama WeKongsi. Saya sertainya pada tahun 2023 tapi hanya sebagai pemerhati sahaja.

Kini, selepas hampir dua tahun, saya buat pertama kalinya berkongsi perkara ini di sini.

Apa itu crowd sharing medical card?

Ia adalah program yang menawarkan perlindungan kos perubatan dengan konsep perkongsian di mana peserta menyumbang kepada dana kolektif.

Kos yang dikenakan secara relatifnya lebih rendah berbanding medical card takaful biasa.

Anda hanya perlu membayar yuran tetap secara bulanan RM40 sebulan (ada juga pilihan bayaran tahunan atau suku tahun) dan perkongsian maksima RM50 sebulan.

Ia mirip khairat kematian, tapi ini untuk tujuan kos perkongsian kos perubatan hospital.

Secara personal saya sasarkan program ini kepada 2 kategori.

1. Golongan yang tiada medical card:

👉 Tak mampu nak langgan sebab kos tinggi.

👉 Pernah ada tapi dah lapse.

👉Alami repricing, jadi tak teruskan.

2. Nak tambah coverage:

👉 Dah ada medical card takaful, tapi nak perlindungan tambahan dengan kos rendah.

Antara kelebihan program ini ialah kos yang rendah dan juga disahkan patuh syariah.

Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang perlu diambil kira.

  • ❌ Program ini tidak berada di bawah kawal selia BNM.
  • ❌ Proses underwriting lebih ketat berbanding takaful.
  • ❌ Peserta dengan masalah kesihatan tidak akan diterima kerana tiada pilihan loading atau pengecualian.
  • ❌ Had umur penyertaan ialah 45 tahun.

Namun, jika anda menyertai sebelum usia tersebut, anda boleh terus menyertai sehingga meninggal dunia.

Walaupun program ini menarik, saya menasihatkan agar anda tidak membatalkan medical card sedia ada sekiranya anda sudah memilikinya.

Program ini hanya sesuai sebagai alternatif atau tambahan perlindungan bagi mereka yang belum mempunyai sebarang perlindungan atau memerlukan perlindungan tambahan.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Sertai channel telegram yang saya sediakan dan baca FAQ untuk fahamkan program ini.

2. Jika puas hati dengan penerangan tersebut, boleh daftar dahulu secara PERCUMA

3. Selepas daftar, anda akan dimasukkan ke dalam goup whatsapp dan boleh tanya apa sahaja soalan berkaitan.

4. Boleh sertai sesi zoom yang akan dilakukan.

5. Jika tidak berpuas hati dan tidak yakin dengan program ini, tidak perlu sertai.

6. Hanya mula membuat bayaran keahlian program ini sekiranya ada berpuas hati dengan penerangan yang diberikan

Langkah 1 hingga 5 tidak ada sebarang komitmen kewangan.

Link channel telegram

Sertai channel ini untuk maklumat lanjut https://t.me/WeKongsibyAfyan

Jika ada sebarang soalan, boleh tanyakan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kebetulan pula saya dijemput oleh MySakinah, sebuah portal rumah tangga,…