Kronologi ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang (Kemaskini 25 Disember 2018)
Posting ini kali pertama diupload ke FB pada tarikh 16 Oktober 2015.
Dikemaskini: 4 November 2016
Dikemaskini: 22 Disember 2017
Dikemaskini: 25 Disember 2018
16 Disember 2014:
Pertama kali saya update status tentang ARBA, sudah mengesyaki sesuatu yg tidak kena.
Ketika itu geng-geng ARBA mengatakan mereka tak sama dengan ARBA Emas.
Mereka katakan, ARBA adalah penggerak MLM dari syarikat CWC (Classic World Corporation) yang mendapat esen sah AJL dari KPDNKK.
Rujuk: sini
10 Januari 2015
Saya kongsikan satu perbualan melalui FB Messenger dengan seorang peserta ARBA.
Saya syak plan mereka mempunyai unsur tidak patuh syariah dan money game.
Saya berikan jaminan, jika ia wujud dalam masa 3 tahun lagi dan mempunyai penasihat syariah – Saya akan join.
Kemudian, saya terbaca pula posting Tuan Syaizul Amal tentang ARBA.
Lalu saya membuat simulasi sendiri bagaimana sistem money game ARBA.
Susulan itu, ramai geng-geng ARBA tidak puas hati mengatakan saya tidak mendapat maklumat yg secukupnya.
Jadi, saya menawarkan kpd mana-mana ARBA utk datang ke pejabat saya untuk bersemuka.
Rujuk status FB saya ini, tentang tawaran tersebut. Tapi tiada sesiapa yang berani sambut tawaran saya.
12 Januari 2015
Saya kongsikan satu laporan dari Law Jurnal tentang satu kes skim cepat kaya yang dibawa ke mahkamah, yang mempunyai modus operandi mirip ARBA.
Rujuk https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205340269976954
13 Januari 2015
Ahli ARBA mendakwa pan MLM mereka sudah patuh syariah kerana mendapat lesen AJL dari KPDNKK yang dikatakan sudah disemak oleh JAKIM.
Maka saya bertanyakan kepada rakan-rakn di JAKIM berkenaan perkara ini.
Rujuk juga https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205348371619490:0
25 Februari 2015
Satu posting geng ARBA mengatakan seorang ustaz di Jordan tidak memberi komen tentang sistem ARBA tiada masalah, dan mengaitkan dengan cara saya yang terburu-buru.
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205655186809678:2
3 April 2015
Ada geng ARBA mengatakan mereka sudah mendapat penasihat syariah.
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205929878036787:0
13 April 2015
JAKIM kantoikan ARBA.
JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa plan MLM ARBA tidak mendapat pengesahan patuh syariah dari JAKIM.
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10206006869601528:0
13 Oktober 2015
ARBA kantoi lagi. Kali ini kena kantoi dengan KPDNKK.
Melalui laman web KPDNKK, rupa-rupanya lesen MLM syarikat CWC sudah dibatalkan sejak 30 September 2015
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10207313665510609
KEMASKINI: 4 NOVEMBER 2016
27 Oktober 2015
Satu mesej FB seorang netizen dengan Dr Faisal yg dikatakan penasihat syariah ARBA mengatakan bahawa pada bulan 11 akan diumumkan status patuh syariah ARBA
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10207388133212255
27 Oktober 2015
Seorang yg menggunakan nama FB HElmi Manan mencabar debat terbuka berhubung isu ARBA. Apabila saya menerima, diam seribu bahasa.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207386850140179
18 Februari 2016
Satu video berhubung penerangan modus operandi ARBA / CWC dibuat oleh CEO mereka, bocor dan disiarkan di FB. Namun dinafikan oleh para penggiat ARBA bahawa itu adalah modus operandi lama. Apabila dipersoalkan bahawa yg lama itu tidak patuh syariah, mereka tiada respon kukuh.
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/videos/vb.1554505576/10208101829574218
19 Februari 2016
Saya menghantar surat terbuka kepada Dr Faisal yg dikatakan sebagai penasihat syariah ARBA. Namun tiada sebarang respon bertulis daripada beliau hingga sekarang.
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ifp/posts/1701165726833708
7 Mei 2016
Saya siarkan beberapa mesej saya kepada CEO CWC / ARBA melalui FB beliau, Cermin Diri sejak 18 Februari 2016 hendak berjumpa face to face dengan beliau, namun tiada respon diberikan.
27 Mei 2016
Syarikat ini sudah dimasukkan ke dalam watchlist BNM
Dah masuk watchlist BNM
Julai 2016
Nama CWC dan ARBA disebut-sebut dalam satu kertas kerja dibentangkan dalam muzakarah penasihat syariah anjuran JAKIM berhubung isu-isu berkaitan skim cepat kaya yg turut dihadiri oleh para penasihat perbankan Islam, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lain.
6 Ogos 2016
Sempat bergambar di hadapan pejabat syarikat ini yg mampu memberikan pulangan lebih hebat dari Tabung Haji, ASB, KWSP…
17 Ogos 2016
Saya dimasukkan ke dalam satu group telegram ARBA. Tidak sempat saya ikuti perkembangan di sana sudah kena kick.
4 November 2016
Mereka masih bebas beroperasi, dan yg paLing menarik mereka berjaya mengaburi mata awam apabila berjaya menjadi penaja rancangan seperti Gema Gegar Vaganza dan Akademi Silat.
KEMASKINI: 22 DISEMBER 2017
21 Februari 2107
Saya kongsikan berita tentang penasihat syariah ARBA yang meletakkan jawatan di sini.
Plot cerita ini saling tak tumpah dengan kes Tok Belagak / Darul Emas Perak suatu ketika dahulu.
Kedua-duanya bergaduh dengan saya. Hoho!
19 Disember 2017
Selepas setahun agak menyepi, seorang rakan berkongsi berita, beliau disaman oleh ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang.
20 Disember 2017
Selepas setahun menyepi, tiba-tiba bergegar seantero Malaya, PDRM keluarkan senarai 30 syarikat sontot yang menipu pelabur dengan jumlah RM3.8 billion!
Yang penting, salah satunya ialah syarikat CWC / ARBA / Kopi Pak Belalang.
22 Disember 2017
Selepas beberapa tahun pembongkaran-pembongkaran saya terhadap ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang, mereka mengatakan mereka akan sama saya.
Saya tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tungguuuuuuuuuuuuuu…. Berapa banyak tunggu daaaaaa….. Masih tak kunjung tiba.
Bacaan penuh drama saman menyaman ini di sini.
KEMASKINI 25 DISEMBER 2018:
Krik, krik…. Krik, krik…
Aku tanya apa khARBAr?
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Boleh tahu status arba sekarang?
Da hampir setahun Arba tak bayar hibah (RIBA)
Tuan ada maklumat perkembangan terbaru CWC, status terbaru, mungkin boleh tambah dalam kronologi
Jd merupakan satu kesalahan ke join arba ini?
ada otak boleh fikir sendiri la! Naif sangat!
Suatu pembongkaran yang hebat tuan, sukar betul nak tulis begini
Rata2 rakan facebook saya dulu yang gah sangat tayang kereta berjenama konon dgn join arba ni beberapa tahun dulu..senyap dah. Diam dah..dah tak heboh tiap2 hari post gambat duit..gambar kereta mewah. Sampai stalk fb mereka la nak tgk. Kaya kejab je dlm 2 ke 3 tahun. Mana ada org goyang kaki tetiba jadi kaya dgn mudah. Ramai dah kawan dr zaman kampus join MLM ni hancus. Buang2 30K 40K 50K buat loan. Tanggung berpuluh tahun bayar. Baik buay loan 50K beli tanah. Ada faedah..
Ada sapa sapa tahu status cwc tak
apa dah jd…income x nmpk bayang..pokok plaburan hangusker?
onteh lah
Saya Ada telepon bank negara,, dan kementerian KPDNKK,, Bagi yang rasa ter tipu dgn skim nie Boleh buat Aduan, Di Serta kan Kontrak dan resist resit bayar an atau bukit bukti lain,, good luck
innalillah ….
alahai..kite ni pon mudah tertipu. Nak sangat gandakan duit. Allah dah tentukan rezeki kita ada rm1000. gatal nak tambah jadi rm2000. Baik bersedekah aje lerr.
Ramai yang tertipu terutamanya geng cikgu dan pesara kalau jumpa aku nak tampar sekor2 puak ni celaka menipu je
Tadi baru diorg buat makan2 kt shah alam..bila la org kita ni nak berpijak dibumi nyata ye..
ya allah…
dugaan n ujian bt diriku…dah la bhenti kerja ank msk keluar wad tambah dgn hutang loan kopi pak belalang ni…menyesal seumur hidup…tanggung hutang 30k…
knp xda org yg boleh report?supaya jgn ada lg yg tertipu n terbeban…smg Allah s.w.t mbalas atas penipuan mereka mereka yg kejam ni…dan sy xakn halal duit tu…
arba tanya apa khaaabar…semuaa….
kami pihak atasan pengurusan arba sedang berjoli-joli dengan duit ahli2 sekalian..
mohon jangan dipanjangkan kes arba ini, yang lepas biarla lepas..
tunggu skim kami yang akan datang.. rabak network.ent.ltd
good job bro….
Yg dah ke Indonesia tu sama jg ke?
Nak withdraw $ dr awal thn.sampai skrg x lepas
Cam2 di minta
Ni skrg $ dlm ewallet kena deduct sbb “pajak’ konon
Istilah Indonesia pajak tu cukai
Confused
Alhamdulillah pelaburan x bnyk x buat loan
Tp sakit hati jg sbb guna $ simpanan
memang Melayu lambat berfikir mana ada perniagaan boleh untung cepat dan besar,,,,bank dgn pakar2 kewangan pun x berani janji,…tu la percaya dengan penyangak…
sebarkan keenakannya..
Saya nak ucap terima kasih kepada Sdr Afyan kerana selepas membaca tulisan sdr pada 2015, Allah selamatkan saya dari skim ni. Semoga usaha sdr diberkati Allah.
Sabda Nabi SAW :
Maksudnya :
Penipu akan dimasukkan ke dalam neraka, dan sesiapa yang menga-
malkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia ditolak.
Sabdanya lagi:
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang menipu bukanlah daripada kalanganku.
Dpt modal balik pon takpe Dah weyh… Huhuhu…
Assalamualaikum. Ada ngo’s yg tengah aktif di Fb namanya Arba Foundation. Ada kaitan ke dgn syarikat ni?