fbpx

Kurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan, yang mana lebih praktikal?

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 172Words
  • 387Views

Mengurangkan perbelanjaan, mungkin praktikal jika seratus dua ratus. Tapi kalau nak kurangkan seribu dua ribu, ia agak mustahil.

Dalam situasi ini, usahakan tambah pendapatan lebih praktikal berbanding kurangkan perbelanjaan.

Jangan harapkan orang lain apatah lagi kerajaan untuk membantu keadaan ini. Kita yang kena bantu diri sendiri untuk memperbaiki kehidupan.

Ada orang kata, apabila pendapatan bertambah, perbelanjaan juga akan bertambah. Ia benar sekiranya tidak dimulakan dengan mindset kewangan yang betul.

Dengan mindset kewangan yang betul, kita boleh kekalkan gaya hidup sedia ada sebelum pendapat bertambah supaya ada wang lebihan untuk simpanan dan pelaburan.

Justeru, mulakan dengan tambahkan ilmu pengetahuan kewangan sambil menambah pendapatan supaya apabila pendapatan bertambah, gaya hidup tidak berubah banyak, seterusnya perbelanjaan dapat dikawal dengan baik.

Boleh mulakan dengan membaca buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi 7 modul asas kewangan yang dimulakan dengan topik berkaitan dengan mindset kewangan. Dapatkan di BukuBMW.com

Jika berminat untuk menambah pendapatan bersama saya di INFAQ, boleh klik di sini. Taklimat kerjaya ini akan diadakan pada 3 Januari depan, insya Allah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya, bukan hidup sahaja yang meningkat. Kos mati juga meningkat.…