Langkah demi langkah memperbaiki kewangan untuk keluarga B40

  • 2Minutes
  • 191Words
  • 10Views

Saya tertarik diskusi di Thread berkenaan bagaimana seseorang dari keluarga B40 boleh keluar daripada kepompong B40.

Ramai yang berkongsi bahawa pendidikan adalah kunci utama. Saya sangat setuju.

Ada yang bermula dengan ibu bapa penoreh getah dan buruh, akhirnya berjaya menjadi pakar bedah dan pensyarah perubatan.

Ada juga yang bukan pelajar cemerlang tetapi konsisten belajar hingga berjaya tamatkan pengajian dengan keputusan baik dan bebas hutang.

Suka saya tambahkan sedikit info daripada buku Financial Independence Retire Early, 7 langkah untuk memperbaiki kewangan

1. Letakkan Matlamat

– Tetapkan sasaran kewangan dengan prinsip SMART: Spesifik, Masa, Arah tuju, Realistik, Teruja.

2. Bina Mindset

– Bentuk pemikiran positif kerana fikiran membentuk kepercayaan, kepercayaan membentuk tindakan, tindakan menghasilkan hasil.

3. Buat Plan Tindakan

– Susun pelan kewangan berdasarkan aliran tunai (cashflow) dan nilai bersih (net worth).

4. Tingkatkan Pendapatan

– Pastikan pendapatan melebihi perbelanjaan untuk mencipta lebihan (Income – Expenses = Surplus).

5. Urus Wang & Belanja

– Kawal aliran keluar wang dengan pengurusan belanjawan yang teratur.

6. Bina Aset

– Simpan dan labur lebihan wang untuk membina aset jangka panjang.

7. Lindungi Aset

– Lindungi aset dengan instrumen kewangan seperti zakat, takaful, cukai, dan perancangan pusaka.

Afyan Mat Rawi
Perunding Kewangan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Alhamdulillah, selesai satu perkara. Apa yang berlaku adalah salah faham.…