Laptop PERCUMA daripada Ericson !!!

Saya yakin, ketika tulisan ini ditulis, 50% pengguna internet menerima emel yang bertajuk “Free Laptop From Erricson” yang memaparkan iklan bergambar di bawah;

Saya sendiri telah menerima 5 emel daripada pengirim yang berbeza berkenaan iklan ini dalam masa 10 hari bermula daripada 19 Mei yang lalu.

Iklan tersebut tertulis;

Subject: Free Lap-Top

Hi, everyone

The Ericsson Company is distributing free computer lap-tops in an attempt to match Nokia that has already done so. Ericsson hopes to increase its popularity this way. For this reason, they are giving away the new WAP Laptops. All you need to qualify is to send this mail to 8 people you know. Within 2 weeks, you will receive Ericcson T18. But if you can send it to 20 people or more, you will receive Ericsson R320.

Make sure to send a copy to: anna.swelung@ericcson.com

Pertama kali menerima emel tersebut, saya terus reply kepada pengirimnya;

“Janganlah percaya kepada perkara-perkara yang tidak masuk akal sebegini”

Ada juga yang reply kepada saya;

“Apa salahnya mencuba. Tidak rugi pun :)”

Saya senyum sahaja.

Jika difikirkan dengan akal yang waras, takkanlah ada syarikat yang ‘tergamak’ memberi laptop percuma dengan hanya men’forward’ emel, kecuali pemilik syarikat tersebut sudah tidak waras lagi.

Jadi kita selaku orang waras mestilah bijak menerima perkara-perkara sedemikian. Benar, memang tidak akan rugi sekalipun menghantar kepada 100 atau 1000 atau 1000000 emel orang lain.

Apabila diselidiki, sememangnya emel “anna.swelung@ericcson.com” tidak wujud pun. Malah model yang dikatakan diberi percuma itu adalah model handphone, bukan laptop!!!

Malah lebih menggelikan hati, model tersebut adalah model ketinggalan zaman! Ia boleh digunakan untuk menakutkan anjing 🙂

Ericcson T18: Saya tidak fikir anda akan menerimanya sekalipun diberi percuma


Ericsson R320: Berapa lama anda sanggup menggunakan telefon ini jika diupah RM 100 untuk menggunakannya?

Tambahan pula, syarikat Ericsson sudah tidak wujud, yang ada hanyalah Sony Ericsson 🙂 Dan Sony Ericsson hanya mengeluarkan handphone, bukan laptop!

Aduh… mudahnya Tipah tertipu!

Alangkah ‘mahal’nya harga telefon-telefon di atas untuk kita habiskan untuk memanjangkan emel-emel berantai sebegini.

Di laman web Sony Ericson juga ada notis berkenaan perkara ini;

Hoax Competition Email
28 May 2009

Sony Ericsson has been made aware of an online email campaign claiming that Ericsson will give away a free laptop computer to users who forward the promotional information. The same campaign includes a photograph of the Sony Ericsson logo and mentions an Ericsson contact name and email number.

Sony Ericsson confirms that this email campaign is a hoax. In addition, Sony Ericsson confirms that the Ericsson contact name does not exist.

All competitions and promotions involving Sony Ericsson are run through official channels such as Sony Ericsson’s website or Sony Ericsson’s partners’ websites. Please be wary of any competition or promotion that appears to come from outside of Sony Ericsson or Sony Ericsson’s partners official channels. Examples of these include via spam emails or SMS.

Please do not reply to or forward the email if you receive it.

Dahulu pun pernah tersebar tentang emel berantai kononnya Bill Gates ingin menderma sebahagian kekayaannya.

Sebelum itu juga tersebar emel berantai kononnya seorang pakcik di Afrika yang sedang mencari pewaris harta-hartanya.

Alangkah mudahnya kita mempercayai semua ini dengan menyebar-nyebarkannya pula….

Alangkah pemurahnye mereka untuk mendermakan harta kekayaan mereka kepada kita….

Nota kaki;
## Atau ini strategi pihak-pihak tertentu untuk mempromosi produk mereka?
### Atau juga untuk meruntuhkan imej syarikat lain?

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com