Memahami ijtihad kolektif alim ulama dalam perbankan Islam dan takaful

  • 4Minutes
  • 726Words
  • 88Views

AL-IJTIHAD, AL-IKHTILAF & AL-IFTA

Dua tiga hari ini saya berguru dengan Prof Dr Younes Soulhi, topik di atas. Tokoh muamalat dari Algeria yang berpengalaman puluhan tahun.

Lama betul dah tak belajar dalam kelas dengan lecturer foreigner macam ni. Kali terakhir, masa dekat UIA kira-kira 23 tahun lepas. Haha!

English saya broken. Jadi tak banyak saya tanya soalan. Lebih banyak mendengar dan angguk, berbanding kelas yang dikendalikan oleh pensyarah Malaysia.

Jika tenaga pengajar orang Malaysia, saya respon dan tanya soalan dalam BM walaupun disampaikan dalam BI. 😄

Seusai kelas hari ini saya sedar satu perkara penting, bahawasanya dalam dunia moden hari ini terlalu banyak isu-isu agama yang baru wujud dan tidak ada pun satu perkara baru yang kompleks dan memerlukan ijtihad yang dipersetujui secara ijma‘ oleh para ulama.

Sebagai contoh mudah yang hampir setiap hari muncul di medsos ialah isu perbankan Islam dan takaful.

Walaupun majoriti besar ulama mengharuskan perbankan Islam dan takaful, akan ada segelintir yang menolak.

Itu normal. Ia perkara baru yang tak wujud pada zaman Nabi, zaman para sahabat, zaman para salafus soleh, zaman imam-imam mazhab.

Yang jadi masalah besar ialah apabila ada segelintir golongan yang baru belajar dan jumpa dalil, menghentam orang lain yang menyokong perbankan Islam. Siap memberi gelaran buruk kepada para ilmuwan yang membangunkan sistem perbankan Islam dan takaful.

Tapi yang peliknya, segelintir mereka ini lebih rela memilih perbankan konvensional berbanding perbankan yang ada pengesahan patuh syariah.

Katanya lebih baik pilih perbankan konvensional yang confirm haram, daripada memilih perbankan Islam yang mereka anggap haram walaupun disahkan halal.

Ibaratnya, jika kita ragu daging import yang ada pengesahan halal JAKIM, lebih baik makan daging b@bi yang confirm haram.

Hahaha.. Walhal jika kita anggap sesuatu perkara itu haram, maka haramlah untuk kita berurusan.

Walhal kata kuncinya ialah HORMAT. Bukan calang-calang tokoh yang mengkaji dan mengeluarkan hukum tentang perbankan Islam.

Dalam hadith, Nabi Muhammad sebut bahawa ijtihad yang betul dapat dua pahala, dan ijtihad salah tetap dapat satu pahala.

Malah sebenarnya pada zaman Nabi pun dah ada khilaf di kalangan para sahabat, contohnya dalam peristiwa solat Asar di perkampungan Bani Quraizah.

Arahan Nabi jelas, jangan solat Asar kecuali sampai di perkampungan Bani Quraizah. Ketika itu kaum Yahudi itu mengingkari perjanjian dan Nabi hantar para sahabat untuk memerangi mereka.

Dalam perjalanan, masuk waktu Asar, mereka belum tiba ke destinasi. Ada yang solat Asar sebab mereka faham arahan Nabi itu adalah untuk mereka segerakan perjalanan. Namun ada sahabat yang mengambil secara literal dan hanya solat di perkampungan Bani Quraizah.

Apabila hal ini dibawa kepada Nabi, tidak ada mana-mana pihak dipersalahkan.

Itu contoh klasik perihal khilaf di kalangan sahabat ketika Nabi masih hidup.

Selepas Nabi wafat, berlaku pula khilaf di kalangan para sahabat kepada Ahli-Ra’yu dan Ahlul-Hadith.

Kemudiannya pada zaman para salafus soleh muncul pula khilaf yang menjadi asbab kewujudan empat mazhab fiqh yang besar hingga ke hari ini, Syafie, Hanbali, Hanafi dan Maliki.

Masing-masing ada hujah, ada dalil, guna Quran dan Hadith. Yang paling penting adalah saling hormat-menghormati.

Sekarang kita berada terlalu jauh daripada zaman Rasulullah hampir 1,500 tahun lampau.

Terlalu banyak isu-isu baru hari ini yang memerlukan ijtihad baru alim ulama.

Isu mata wang fiat, isu forex, isu perbankan, isu insurans, isu Bitcoin, isu AI antara beberapa isu yang tidak pernah wujud zaman Nabi sehingga ke zaman salafus soleh.

Ia hanya wujud di zaman moden ini. Maka sudah tentu memerlukan ijtihad baru daripada para alim ulama kontemporari. Ia baru wujud dalam beberapa tahun dan beberapa puluh tahun ke belakangan ini

Untuk mencari mujtahid mutlak, sudah tidak wujud.

Untuk mendapatkan ijma‘ oleh semua alim ulama untuk hukum sesuatu perkara baru yang kompleks, hampir mustahil.

Yang ada sekarang ialah ijtihad secara kolektif daripada ramai alim ulama.

Di Malaysia kita ada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), yang dahulunya lebih dikenali sebagai Majlis Fatwa Kebangsaan.

Di peringkat negeri-negeri pun ada mufti dan majlis fatwa mereka.

Kemudian di peringkat antarabangsa pun ada beberapa organisasi seperti The Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) yang mengumpulkan alim-ulama seluruh dunia Islam.

Jadi, sebagai orang awam sebaiknya kita ikut sahaja pandangan alim ulama yang dikeluarkan secara kolektif berbanding buat pandai-pandai sendiri.

Jika betul nak pilih pandangan berbeza, pastikan ikut disiplin ilmu yang betul bukan sekadar ikut-ikutan dan copy paste sahaja.

Paling penting, perlu bertanggungjawab dengan apa yang ditulis, dan hormati mereka yang memilih untuk mengikuti ijtihad kolektif para alim ulama hari ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Beberapa bulan lepas Ketua Pegawai Pelaburan Morgan Stanley mencadangkan satu…