fbpx

Memori 7 Januari 2021: Memperingati keputusan meninggalkan pendapatan RM40,000 sebulan perniagaan Atomy yang syubhah

  • 1 week ago
  • 4Minutes
  • 632Words
  • 20Views

Masihkah kau ingat? Suatu ketika dahulu.

Apabila ramai para agamawan membuat teguran terbuka mengenai bisnes Atomy, saya mengambil keputusan untuk berhenti waluapun pendapatan terakhir ketika itu 40k sebulan.

Ia dilakukan beberapa hari selepas pertemuan tertutup team DTA dengan team MRM yang mendedahkan aktiviti Kristianisasi ATOMY. Saya mewakili team DTA ketika itu.

Dalam pertemuan itu, Dr Tengku Asmadi mengakui bahawa Atomy Co Ltd melakukan aktiviti Kristianisasi selepas diterangkan oleh Bro Firdaus Wong.

Selepas pertemuan tersebut kami (Team DTA & MRM) membuat kenyataan bersama dan saya lakukan solat istikharah, lalu membuat pengisytiharan ini.

Selepas pengisytiharan terbuka itu, viral screnshot daripada website Mufti Selangor tentang pandangan hukum bahawa perniagaan itu adalah syubhah dan perlu dielakkan.

Saya bersyukur kerana sudah membuat keputusan awal dan ia mengukuhkan lagi tindakan tersebut.

Ini pendapatan daripada Atomy pada bulan terakhir sebelum saya tinggalkan bisnes tersebut. Disember 2020, pendapatan sekitar RM40,000. Dengan sedikit ilmu bisnes dan networking yang Allah berikan kepada saya dalam bidang kewangan dan takaful, saya berjaya mendapat pendapatan setinggi ini. Ia meningkat bulan demi bulan dan ini adalah pendapatan tertinggi.Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diambil untuk tinggalkan income sebegitu rupa. Syukur kepada Allah yg memberikan hidayah Nya yang sungguh mahal ini. Terima kasih kepada para asatizah dan agamawan yang memberi nasihat ketika itu. Jika saya teruskan, tentu lagi sukar untuk saya tinggalkan apabila pendapatan semakin bertambah.

Lantas saya merujuk Timbalan Mufti Selangor ketika itu, Sohibus Samahah Dr Anhar Opir (sekarang beliau ialah mufti Selangor), lalu saya salurkan ke sebuah NGO dan sebuah Maahad Tahfiz dengan maklumkan ia adalah harta syubhah supaya pihak mereka gunakan untuk kegunaan manfaat umum.

Sebulan selepas itu, saya mendapat makluman daripada Atomy bahawa akaun saya digantung. Ia adalah disebabkan daripada aduan oleh beberapa ahli Atomy yang mengatakan bahawa tindakan saya menjejaskan perniagaan mereka.

Saya terima dengan hati yang terbuka. Cuma ralat sikit kerana sudah tidak dapat lagi salurkan wang tersebut ke NGO dan Maahad Tahfiz berkenaan lagi selepas itu.

Tidak lama kemudian, Atomy mengambil tindakan undang-undang terhadap saya, Bro Firdaus Wong dan Cikgu Fadli Salleh kerana menuduh meraka menjalankan aktiviti Kristianisasi.

Kes tersebut masih berjalan sehingga sekarang walaupun sudah beberapa kali sesi mediasi tetapi gagal.

Susulan daripada itu, ramailah rakan-rakan yang mencadangkan bisnes-bisnes lain untuk saya sertai dan antara yang saya join ialah QM, kerana ia mempunyai pengesahan patuh syariah oleh Isra Consulting.

Walaupun sudah mendaftar, namun banyak persoalan yang masih tidak terjawab menyebabkan saya langsung tidak aktifkan akaun tersebut.

Saya turut menghubungi ISRA Consulting dan berikan beberapa bahan marketing ejen-ejen QM dan dimaklumkan bahawa banyak yang misleading dan selepas itu mereka ada keluarkan kenyataan.

Namun saya masih tidak teruskan disebabkan banyak persoalan yang tidak terjawab dan tahun lalu ISRA Consulting tidak lagi menjadi penasihat syariah QM.

Kemudian saya usahakan untuk buat sesi live dengan penasihat syariah QM yang baru, tapi tidak berjaya.

Dalam tempoh tersebut, banyak pandangan-pandangan kritikal terhadap QM termasuk daripada pakar-pakar syariah negara.

Saya bersyukur kerana tidak melibatkan diri secara aktif dengan QM.

Berbalik kepada Atomy tadi, hanya selepas setahun lebih saya isytiharkan perkara di atas, JAKIM keluarkan pandangan hukum bahawa umat Islam haram terlibat dengan perniagaan Atomy.

Saya bersyukur membuat keputusan awal.

Semoga Allah ampuni dosa saya selama ini.

Saya ucapkan terima kasih banyak kepada para agamawan yang pernah memberi pandangan dan nasihat berhubung perkara ini suatu ketika dahulu.

Syukur Alhamdulillah, Allah berikan hidayah-Nya yang sungguh mahal.

Seandainya saya teruskan, nescaya makin susah saya hendak tinggalkan sementelah pendapatan pun semakin tinggi.

Alhamdulillah, bisnes takaful yang saya jalankan selama 20 tahun masih stabil sehingga kini. Naik turun bisnes tetap ada setiap tahun. Namun tidak sampai ia menjadi kontraversi dan syubhah.

Saya sedang mencari pelapis bisnes ini.

InsyaAllah saya akan didik sehingga berjaya. Sistem sudah ada, hanya perlu ikut sahaja sistem yang disediakan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepintas lalu Bursa Gold Dinar (BGD) - Buat julung-julung kalinya…