July 23, 2014
Muhasabah Hujung Ramadhan
Muhasabah Hujung Ramadhan
Aku lebih mudah menepati waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan, berbanding menepati waktu solat maghrib di luar bulan Ramadhan.
Aku lebih mudah bangun awal pagi untuk bersahur di bulan Ramadhan berbanding bangun awal pagi untuk bersolat subuh di luar Ramadhan.
Aku lebih seronok berjemaah tarawih di bulan Ramadhan berbanding berjemaah solat fardhu di luar Ramadhan.
Aku lebih asyik membaca Facebook berbanding membaca Al-Quran.
Aku lebih mudah bangun untuk menonton bola berbanding bangun untuk qiyamullail.
Maafkan daku Ya ALLAH,
Aku ingin menjadi hambamu yang taat,
Bukan menjadi hamba Ramadhan.
Ampunilah dosa hamba, Ya ALLAH.
Hambamu,
Afyan, Gombak
23 Julai 2014,
26 Ramadhan 1435.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran