fbpx

Mulakan Dengan Simpanan Terlebih Dahulu

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 262Words
  • 622Views

Semalam saya kongsikan tulisan berkenaan tabungan pendidikan anak dan SSPN-i sebagai alternatif terbaik untuk takaful pendidikan.

Saya sebut tentang perkara ini secara umum dalam segmen kewangan rancangan Assalamualaikum di TVAlhijrah beberapa hari lepas.

Boleh tonton di link ini

Ada satu soalan bertanyakan mengapa saya tidak cadangkan unit trust?

Sebenarnya, banyak kali juga saya cadangkan unit trust dan instrumen pelaburan lain seperti emas, saham, hartanah untuk tujuan pelaburan bagi mengumpulkan dana pendidikan anak.

Yang paling penting perlu mulakan dengan simpanan terlebih dahulu berbanding dengan pelaburan. Kedua-duanya nampak macam sama tapi hakikatnya berbeza.

Berkenaan tentang SSPN-I pula, ia adalah alternatif terbaik takaful pendidikan yang mempunyai 3 ciri di bawah;

1. Simpanan
2. Perlindungan kepada ibu / bapa sekiranya ditimpa musibah
3. Pengecualian cukai

Kos pendidikan semakin tahun semakin naik. Nak tak nak, ibu bapa perlu membuat persediaan membina dana pendidikan seawal anak dilahirkan. Ia boleh mencecah dari sekitar RM50,000 hingga ke RM500,000 bagi pengajian pendidikan tinggi pada 17 tahun akan datang. (Rujuk gambar pertama)

Untuk itu, perlu menggunakan instrumen simpanan dan pelaburan terbaik, di samping perlunya perlindungan. (Rujuk gambar 2)

SSPN-I mempunyai kelebihan tersendiri berbanding instrumen lain.

Saya kongsikan beberapa infografik berkaitan SSPN-I yang menarik untuk panduan kita bersama.

Ia boleh dimulakan dengan tabungan RM30 sebulan untuk seorang anak, dengan unjuran keuntungan dalam masa 20 tahun simpanan berjumlah RM7,600++

Atau Pakej Delima, dengan RM50 sebulan dengan unjuran simpanan selama 20 tahun sebanyak RM15,000++

Detail di link ini

Gambar-gambar infografik SSPN-I saya ambil dari FB Tuan Hafiz Al-Ansari

Tonton video segmen kewangan “Tabung Raya Anak” yang dirakam secara langsung di rancangan Assalamualaikum TVAlhijrah di link ini

 

Su,ber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Hafiz Al-Ansari berkenaan pilihan terbaik untuk menabung…