fbpx

Nak senang? Jangan tambah hutang, tambah income

  • 1Minute
  • 133Words
  • 7Views

By right, jika harga rumah RM300,000 ke atas, bayaran bulanan lebih kurang RM1,500 sebulan.

Kalau pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan pun dah rasa perit nak bayar sebenarnya. Tinggal baki RM3,500 untuk bayar hutang kereta, komitmen-komitmen lain serta belanja isi rumah.

Sekurang-kurangnya, gaji isi rumah RM8,000 ke atas baru sesuai untuk berhutang rumah harga macam ni dan ada hutang kereta sekali.

Cukuplah dua hutang ini:

1. Hutang rumah

2. Hutang kereta

Jangan tambah hutang, tapi tambah pendapatan.

Kalau hutang kereta, biasanya dinasihatkan jangan lebih daripada setahun pendapatan.

Untuk jumlah keseluruhan hutang pula, sebaiknya berada sekitar 3 hingga 5 tahun pendapatan.

Kalau dah guna setahun pendapatan untuk beli kereta, maka maksimum harga rumah ialah 4 tahun pendapatan.

Ingat:

Lagi tinggi hutang, lagi sakit kepala.

Jangan kejar gaya hidup orang lain, tapi kejar ketenangan sendiri.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
23 Umur Takaful IKHLAS Umur saya pula kurang setahun, iaitu…