Paip saya masih didalam pembinaan, namun telah menunjukkan hasil!

(bandingkan dengan cerita Pablo dan Bruno) 

Oktober 2003 – Afyan & Kawan-kawan Afyan menamatkan pelajaran di UIAM dengan kelulusan ijazah undang-undang (LL.B)…

Afyan & kawan-kawan Afyan berpeluang untuk chambering atau bekerja dengan dengan mana-mana syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan…

Kawan-kawan Afyan mengambil keputusan untuk chambering atau bekerja makan gaji, tetapi Afyan cuba memulakan perniagaan.

Kawn-kawan Afyan lebih selesa makan gaji tetapi Afyan mengambil keputusan untuk berniaga. Rata-rata kawan-kawan Afyan memperkecil-kecilkan keputusan Afyan. Tidak terkecuali sanak saudara Afyan yang mengharapkan aku untuk meneruskan bidang guaman.

Oktober 2004. Setelah setahun lebih berlalu, ramai kawan-kawan Afyan sekarang berkeadaan selesa sebagai peguam atau bekerja tetap dan bergaji besar, tapi Afyan terus dengan perniagaan aku yang masih terumbang-ambing. Kawan-kawan masih memperkecilkan usahanya…

Oktober 2005. Dua tahun terus berlalu – perniagaan Afyan semakin stabil, tapi masih belum dibanggakan. Pendapatan Afyan sama taranya dengan kawan-kawan aku yang menjadi peguam, pegawai kerajaan serta pegawai swasta.

Oktober 2006. Tiga tahun di dalam dunia usahawan (layak ke?). Afyan telah berkahwin. Afyan telah mendapat anak. Tiada beza dengan kawan-kawan lain….. Malah ada juga kawan-kawan yang lain yang masih belum kawin dengan alasan tak cukup duit 🙂

Mei 2007. Paip (atau paip-paip) yang Afyan idam-idamkan masih di dalam pembinaan.

Teringat kata-kat asalah seorang sifu…. “The road to success is always under constuction”…

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com