Panggilan Telefon Percuma!

(Saya tidak ditaja oleh mana-mana pihak untuk entri ini – Afyan)

Tahukah anda, ada cara mendapatkan panggilan percuma?

Batul, saya telah gunakannya kira-kira setahun, bersama-sama isteri, ibu dan adik saya. Kalau masih sangsi, boleh tanya En Magnet Sdr Amin, dia juga guna kaedah yang sama 🙂

Begini, Celcom mempunyai satu pakej khas unuk pengguna korporat yang dinamakan pakej ”Power Tools”. Pakej ini adalah salah satau pakej yang disediakan oleh Celcom sebagaimana pakej ”Minutes Plan”. Berbeza pakej ”Minutes Plan” untuk pengguna umum, pakej Power Tools ini hanya untuk pengguna korporat.

(Sekali lagi dimaklumkan, saya tidak ditaja oleh Celcom untuk entri ini)

Bagaimana ia berfungsi?

Pakej Power Tools ini berfungsi begini; Celcom akan menawarkan kepada syarikat-syarikat korporat untuk mengambil pakej ini kepada pekerja-pekerja mereka. Kemudian, mana-mana pekerja mereka yang mengambil pakej ini, akan menerima satu nombor Celcom, dan apabila mereka membuat panggilan sesama mereka, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Contoh; Syarikat MAS mengambil pakej ”Power Tools” dengan Celcom. Pekerja-pekerja di MAS mengambil pakej ini untuk telefon mereka. Maka, pekerja-pekerja MAS ini boleh membuat penggilan sesama mereka tanpa sebarang caj dikenakan!

Bagaimana untuk dapatkannya?

Jadi, bagaimana untuk kita menggunakannya sedangkan kita bukan pekerja MAS?

Adakah kita perlu bekerja dengan mana-mana syarikat korporat yang mengambil pakej ini untuk mendapat keistimewaan ini?

Begini; salah satu syarikat korporat yang mengmbil pakej Power Tools ini adalah syarikat MLM Sure Return Company atau SURECO, dan keistimewaan pakej ini boleh diguna oleh ejen-ejen MLM syarikat ini.

(Sekali lagi; saya tidak ditaja oleh SURECO untuk entri ini)

Tidak seperti MAS atau mana-mana syarikat korporat lain, pakej Power Tools ini hanya untuk pekerja mereka sahaja, tetapi di SURECO anda hanya perlu menjadi ejen MLM syarikat ini yang memerlukan yuran RM 28.00 sahaja! Dan sebenarnya ada beberapa syarikat MLM lain yang menggunakan pakej ini untuk ejen-ejennya.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan, hanyalah menjadi ahli/ejen kepada SURECO (tidak perlu menjadi ahli aktif), dan kemudian pergi ke mana-mana cawangan Celcom untuk daftarkan pekej Power Tools ini. Kemudian, ajak ahli keluarga atau isteri atau kawan-kawan untuk mendaftara sekali, supaya kita dapat membuat penggilan percuma sesama mereka!

P/S: Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada pakej ”Minutes Plan”, yang hanya memerlukan komitmen RM 38.00 + RM 10.00 (untuk panggilan percuma) sebulan.

P/SS: Walaupun tiada caj untuk panggilan, namun SMS dikenakan caj RM 0.05. Kalau tak, macam mana Celcom nak untung kalau semua free 🙂

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com