Peguan Defendan Kes Saman Norsham, Alfafa vs Afyan
Ini sahabat saya, Saudara Azmir Zakaria.
Seorang peguambela dan peguamcara, lulusan LL.B UIAM.
Sekarang beliau bersama dengan firma guaman Tetuan Akram Hizri & Azad.
Beliau juga Presiden Persatuan NGO ProGuam (Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia).
Pernah memegang jawatan Pengerusi Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM).
Pernah mengedalikan kes-kes fitnah, antara kes yang berprofile tinggi kendaliannya seperti;
– Dato’ Paduka Husam Musa lawan Kickdefella – Kes selesai di luar mahkamah, dan defenden memohon maaf.
(http://www.sinarharian.com.my/kes-saman-fitnah-husam-kickde…).
– TNC Unisel (Prof Ir Dr Mohamed Daud) lawan Sinar Harian – MENANG.(http://beta.harakahdaily.net/…/13836-tnc-unisel-saman-akhba…)
InsyaALLAH beliau akan mewakili saya dalam kes saman untuk berhadapan dengan Norsham dan Alfafa.
Kos guaman ini dianggarkan mencecah ke 5 angka apabila ia dibawa ke mahkamah.
Walalupun bersahabat, dalam situasi sebegini kami akan bertindak profesional. Saya sebagai klien, dan beliau sebagai peguam mewakili saya selaku defandan.
Doakan kami, sahabat.
Hanya doa kalian yang kami harapkan. Moga ALAH bersama-sama orang yang benar.
Wassalam.
Afyan Mat Rawi
27 Julai 2016, Gombak.
“Lebih baik mati berkalang tanah, daripada hidup biarkan scammer bedebah”
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran