Pengalaman Tak Dapat Dilupakan Di Tanah Suci: Membawa Pulang Susu Ibu Untuk Anak Dari Mekah Ke Malaysia
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika mengerjakan haji dahulu ialah misi membawa pulang susu ibu untuk si kecil yang baru lahir dan ditinggalkan di Malaysia.
Ia ibarat “misi mustahil” kerana sejak daripada Malaysia apabila ditanya ina kepada pegawai Tabung Haji, mereka tidak galakkan dan berikan sebarang jaminan.
Sebelum berangkat, isteri saya sudah google dan study pengalaman jemaah-jemaah haji sebelum yang mengalami situasi yang sama.
Dengan banyak cabaran, akhirnya kami berjaya membawa pulang stok susu ibu untuk anak kecil yang ditinggalkan selama 44 hari.
Cabaran terbesar ialah untuk menyimpan stok susu. Terima kasih kepada rakan-rakan kami di Hotel Fajr Badie 4 yang memahami dan sanggup menumpangkan susu dalam peti sejuk masing-masing.
Semasa minggu pertama di sana, ada staf Tabung Haji yang kata tak boleh simpan susu. Hatiku hancur mendengarnya. Tapi kami berdoa dan berusaha sebaik mungkin.
“Sekiranya tak lepas masa nak naik flight, kita serahkan sahaja kepada takdir,” kata saya kepada isteri.
Cabaran-cabaran kecil lain ialah untuk mencari cold-storage beroda yang akhirnya dapat kami beli di pasaraya Bin Dawood di Mekah.
Yang paling sadis ialah selepas pulang daripada Arafah, mendapati bahawa ada susu rosak akibat peti sejuk dimatikan secara tidak sengaja oleh ahli jemaah yang kami tumpang susu
Kemudian, ketika sampai di Madinah, kami perlu memohon bantuan rakan-rakan jemaah haji untuk menumpangkan cold-storage di bilik mereka.
Puncak cabaran ialah melepasi pemeriksaan imigresen sebelum naik kapal terbang.
Sehari sebelum berangkat, susah nak dapat ais batu untuk mengisi cold-storage. Harganya 5 riyal di Mekah, tapi di Madinah penjual tawar 30 riyal untuk 1 paket!
Setelah berunding, kami dapat dengan harga 30 riyal untuk 2 paket. Tapi kami kena tanya dari banyak kedai baru dapat jumpa yang sudi jual.
Cold-storage ini diisi dengan ais dan garam untuk menjaga suhu susu supaya tetap sejuk sehingga sampai di Malaysia.
Keluar dari hotel sekitar jam 10 malam, sebelum bergerak ke lapangan terbang. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Abdul Aziz, Madinah, kami berjaya melepasi pemeriksaan imigresen selepas beberapa soalan pada jam 4 pagi.
Setelah masuk ke balai berlepas, cold-storage ini dibalut dengan plastik untuk tahan lama.
Jam 7 pagi, ia dibawa naik kapal terbang. Ada sedikit kekacauan kerana krew kabin tak benarkan masuk ke dalam pesawat sebab saiznya besar. Akhirnya, ia diletakkan dalam kabin bersama beg penumpang.
Sebenarnya kalau tanya pegawai TH, mereka tak galakkan malah mungkin juga melarang jemaah haji melakukan perkara ini.
Sama juga dengan kami dahulu, memang sedari awal dari kursus haji diberitahu demikian apabila ditanya.
Sementelah para pegawai Tabung Haji memang sudah banyak workload mereka sepanjang musim haji untuk memastikan perjalanan haji berjalan lancar.
Jadi jika ada para ibu bapa ingin melakukan apa yang kami lakukan ini, kena bersedia sebarang risiko dan komplikasi yang timbul.
Yang penting doa banyak-banyak.
InsyaAllah ALLAH akan memudahkan urusan kita dan melembutkan hari para pegawai Tabung Haji untuk membantu apabila nampak kesungguhan kita.
Ia boleh diibarat “mission impossible”.
- bawa paket susu
- kumpul stok susu
- peti sejuk kecil, tak muat
- tanya pada hotel untuk tumpang di peti sejuk hotel, gagal
- minta bantuan daripada staf TH, juga gagal
- tumpang bilik jemaah lain di bilik yang tingkat yang sama
- masih tak cukup, tumpang di bilik jemaah tingkat yang lain
- masa ke Arafah, pesan pada jemaah yang kami tumpang susu, jangan tutup suiz
- sepanjang hari tasyrik di Arafah, Muzdalifah, & Mina tak dapat simpan stok
- balik dari hari tasyrik, terima berita sedih, sebab ada bilik yang turup suis eletrik sebab ada ahli bilik tak tak perasan tentang susu yang kami simpan
- cari cold box dan ais utk dibawa pulang
- cold box tak muat ketika “berhijrah” bawa susu dalam dari Mekah ke Madinah. Ada yang terpaksa dikorbankan
- di Madinah, buat balik perkara sama, simpan dalam peti bilik hotel dan tumpang bilik jemaah lain
- dari Madinah untuk balik ke Malaysia paling mencabar sebab susah cari ais.
- pusing-pusing dari kedai ke kedai cari ais akhirnya jumpa, dan harganya memang mahal.
- misi terakhir bawa balik ke Malaysia: isi ais, susu dan garam dalam cold box kemudian, balut dengan plastik wrap
- dari Madinah, berangkat ke lapangan terbang, dibawa secara hand carry dan melepasi imegresen.
- sampai di tangga kapal terbang, krew kabin tak benarkan bawa naik ke atas dan diminta untuk dimasukkan bersama beg dan barangan lain di kargo
Inilah “mission impossible” kami.
Alhamdulillah, jam 9 malam ia selamat sampai di KLIA.
Perjalanan susu ini mengambil kira-kira 16 jam dari hotel di Madinah sebelum dimasukkan semula ke dalam peti sejuk di Malaysia.
Ada seorang jemaah bertanya, “Eh, nanti tak jadi keju ke?”
Alhamdulillah, dalam masa 16 jam perjalanan, ia masih susu
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran