Perancangan Harta Pusaka, Faraidh dan Wasiat
Nota malam sebelum tidur.
Sebelum tidur, kita menggalakkan kita untuk menulis dan memperbaharui wasiat.
Manakah tahu kalau-kalau kita tidur untuk selama-lamanya.
Wasiat bukan untuk membahagikan harta yang kita tinggalkan kerana faraidh sudah pun ada.
Tapi wasiat adalah untuk kita melantik pemegang amanah harta kita apabila kita tiada kelak.
Kerana harta yang kita tinggalkan pun masih perlu kota rancang supaya ia diuruskan dengan baik.
Tanpa perancangan rapi, tidak mustahil harta yang kita tinggalkan menjadi punca waris bercakaran. Dan kemungkinan kita turut mendapat “saham” kerana mengabaikan tanggungjawab menulis wasiat sebelum pergi selama-lamanya.
Wasiat juga penting kerana selain aset kita juga turut tinggalkan liabiliti dan hutang piutang. Siapakah yang akan menyelesaikan hutang piutang kita kalau bukan oleh pemegang amanahyang kita lantik melalui harta pusaka yang kita tinggalkan.
Selain itu, melalui wasiat juga kita boleh mengamanahkan supaya sebahagian diwaqaf-jariahkan supaya ia menjadi bekalan saham akhirat di dalam kubur kelak.
Wasiat, hibah dan waqaf – perancangannya hari ini kerana mungkin esok kita tiada lagi.
Indahnya perancangan harta di dalam Islam, dari lahir hingga ke liang kubur pun masih diberi perhatian.
Mahukan konsultansi tentang perkara ini?
Hubungi saya esok, andainya saya dan Tuan/Puan masih ada.
Semoga diulit mimpi indah!
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran