fbpx

Kaedah Pengurusan Kewangan Mengikut Modul INFAQ

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 297Words
  • 447Views

Dipetik dari FB Hafiz Al-Ansari mengenai cara pengurusan kewangan mengikut Modul INFAQ

Sedikit perkongsian yang saya dapat daripada kelas TTC anjuran Encik Afyan Mat Rawi, IFP berkenaan pengurusan kewangan

Dalam pengurusan kewangan, asasnya adalah Pendapatan – Perbelanjaan (70%) = Baki (30%). Seperti yang tercatat, baki mestilah sekurangnya 30% yang akan dibahagikan sama rata kepada 3 dana.

  1. Dana simpanan
    2. Dana perlindungan
    3. Dana pelaburan

Kita susuri satu persatu fungsi setiap dana ini.

💵 Dana simpanan

10% daripada gaji.

Disimpan secara tunai di dalam akaun bank supaya mudah dikeluarkan.

Digunakan untuk KECEMASAN seperti tukar tayar kereta ataupun ketika diberhentikan kerja (mohon dijauhkan).

Berapa banyak perlu disimpan?
Minimum 3 bulan gaji & maksimum 6 bulan. Jika terlebih, boleh dilaburkan.

Maksud kata jika diberhentikan kerja, seseorang boleh bertahan selama 6 bulan. Tempoh masa yang cukup untuk mendapatkan pekerjaan baru & mengurangkan belanja bulanan yang tidak perlu.

💴 Dana perlindungan

10% daripada gaji.

Fungsi pertama sebagai penganti gaji jika berlaku musibah kewangan 3D. Death, disable, diseases.

Berapakah perlindungan yang sepatutnya?
Death & disable = 10 tahun gaji.
Diseases = 5 tahun gaji
Jika ditimpa 3D, seseorang mampu bertahan 5 – 10 tahun kerana mendapat amaun gaji seperti biasa.

Fungsi kedua sebagai DEBT SETTLEMENT kepada hutang² yang tidak dilindungi seperti hutang kereta & PTPTN. Walaupun seseorang sakit ataupun telah tiada, hutang tersebut perlu dibayar.

Fungsi ketiga sebagai Assets Preservation. Jika ditimpa 3D, seseorang tidak perlu menggadai aset yang dimiliki bagi menampung perbelanjaan bulanan.

💶 Dana pelaburan

10% daripada gaji.

Untuk dana persaraan, pendidikan anak² ataupun haji.

Juga sebagai PASSIVE INCOME & ASSETS APPRECIATION.

Sebagai contoh melabur dalam unit amanah setiap bulan selama 30 tahun untuk digunakan ketika persaraan nanti.

Ataupun membeli rumah berharga 300K, selepas 30 tahun ingin dijual dengan nilai 500K.

Setiap dana ini mempunyai fungsi yang berbeza & sebolehnya kita mempunyai kesemua 3 dana ini.

Nak tahu lebih lanjut tentang pengurusan kewangan?

 

Join seminar Bijak Merancang Wang ( BMW )

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
MAE: Patuh Syariah atau Tidak? Minggu lepas Maybank memperkenalkan akaun…