fbpx

Perbankan Islam Tidak Islam?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 341Words
  • 740Views

Catatan 1

“Sistem perbankan Islam sama sahaja dengan perbankan konvensional”, kata seorang rakan. Saya namakannya sebagai Mat, nama klise dalam masyarakat Melayu.

“Oh, begitukah Mat? Kenapa Sdra katakan begitu?”, tanya saya.

“Ambil produk konvensional, touch up sahaja. Penasihat syariah dapat gaji oleh bank utk buat produk yg menguntungkan, bukan yg membantu ummah”, jelas Mat panjang lebar.

“Hmmm… Mat, aku tengok kau pakai baju kot pakai tie, kenapa ya?”, tanya saya.

“Apa masalah? Yg penting tutup aurat”, balas Mat.

“Tapi bukankah pakaian itu pakaian dari Barat? Pakaian orang kafir asalnya? “, duga saya.

“Eh engkau ni. Selagi mana tak bertentangan syariat, tiada masalah”, jawab Mat.

“Kau marah tak kalau orang kata kau kafir macam Yahudi atau John kafir sebab pakai baju orang kafir?”, duga saya lagi. Nampak macam hangat.

“Mana boleh? Aku mengucap syahadat. Aqidah aku aqidah Islam”, memang panas respon Mat.

“Samalah dengan sistem perbankan Islam. Selagi mana ia menepati kontrak, selagi itu ia patuh syariah. Jika orang Islam seperti kau tak jadi kafir selagi mana kau mengucapkan syahadat, begitu juga dengan perbankan Islam. Selagi mana kontraknya mengikut syariat, selagi itu ia dipanggil perbankan Syariah”, kilas saya.

Saya menunggu respon Mat.

Semoga dia berfikir semua berfikir.

Semoga kita semua berfikir.

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

Catatan 2

Islam menjaga hak penjual dan pembeli.

Jika penjualan ingin menjual pensil yg harga kos RM1, dengan harga jualan RM10, itu adalah hak penjual.

Islam tidak melarang.

Begitu juga dengan hak pembeli. Pembeli ada hak untuk membeli atau tidak membeli. Haknya adalah untuk memilih mana-mana kedai yg difikirkannya harga patut.

Islam itu adil kepada semua pihak.

Catatan 3

Ada lebih 10 perbankan Islam di Malaysia.

Saya pernah jumpa perbankan Islam lebih mahal dari perbankan konvensional.

Saya juga pernah jumpa perbankan konvensional lebih mahal dari perbankan Islam.

Apa ada masalah?

Adakah kerana ia “mahal”, maka ia tidak Islamik?

Hanya kerana “mahal” ia menjadi haram. Perbankan Islam mesti murah, jika mahal maka ia tidak patuh syariah.

Jika begitu sifirnya, maka semua kedai makanan yang dianggap sebagai mahal, adalah haram dimakan.

Semoga kita semua berfikir.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Analogi Sammy dan Suhaimy Apakah beza Sammy yg beragama Hindu,…