fbpx

Sesi diskusi live bersama konsultan syariah QM yang masih belum berjaya

  • 4 months ago
  • 2Minutes
  • 240Words
  • 68Views

Saja saya nak maklumkan, sejak bulan April lepas saya usahakan untuk adakan sesi live isu pematuhan syariah QM, tapi gagal.

Eh, bukan gagal tapi belum berjaya.

Saya bukan ajak debat. Saya tak suka sangat sangat berdebat.

Saya usahakan untuk adakan sesi diskusi secara live daripada wakil penasihat syariah atau wakil HQ QM untuk menjawab persoalan daripada netizen berkenaan pematuhan syariah produk QM terutama produk leverage emas mereka yang kontraversi.

  • Sejauh mana emas leverage tersebut betul-betul wujud?
  • Bagaimana kontrak jual beli itu berlaku?
  • Bagaimana kontrak tawaruq dijalankan?
  • Adakah pembeli boleh mengambil emas yang dibeli secara tawaruq?

Itu antara persoalan-persoalan yang timbul dan belum ada jawapan yang tuntas daripada ejen.

Awalnya saya berhubung direct dengan penasihat syariah QM, kemudian beliau meminta saya memohon keizinan daripada pihak HQ QM.

Lalu saya emelkan beberapa kali sebelum mendapat respon.

Selepas itu saya follow up lagi, dan masih belum mendapat respon.

Kali terakhir saya emel follow up ialah pada 6 November lepas. Perlukah saya follow up lagi?

Boleh klik gambar untuk melihat sepenuhnya tangkapan layar emel saya dengan pihak berkenaan.

By right, ini adalah peluang marketing juga kepada QM. Malah sebelum ini pernah saya anjurkan sesi live bersama seorang merchant QM, Coach Fadzil.

Sekiranya penerangan oleh penasihat syariah QM dibuat secara ilmiah, akademik dan tuntas diberikan, saya yakin ramai yang akan sertai.

Malah tak mustahil juga saya akan mempromosi QM secara aktif selepas itu. Siapa tahu? Siapa nak join nanti? Hahahaha

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Syarikat emas buat private placement la pula... Nak rolling duit…