Perbankan Islamik dan Konvensional Sama?
Dipetik dari FB Lokmanulhakim Hussain
Ada kalangan orang Islam memukul rata antara perbankan konvensional dan perbankan Islam, kononnya tak ada beza antara pembiayaan Islamik dan pinjaman dengan interest, tak ada beza antara interest dan profit, tak ada beza antara loan dan kontrak murabahah.
Lebih dahsyat daripada itu, mereka yang mengatakan perbankan Islam lebih teruk daripada perbankan konvensional kerana mempergunakan nama-nama Islamik untuk menghalalkan riba.
Konon pegangan mereka seperti ini lebih bertaqwa kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka terjebak dalam fahaman Arab Jahiliyyah yang Allah sendiri mendustakan fahaman mereka.
Arab Jahiliyyah dahulu apabila berhutang dan tiba masa pembayaran hutang, si pemiutang berkata kepada si penghutang, “Sama ada kamu lunaskan hutang aku sekarang, atau kamu bayar lebih (jika mahu panjangkan tempoh)”. Amalan ini adalah riba Jahiliyyah yang jelas.
Apabila turunnya pengharaman riba, Arab Jahiliyyah berhujah bahawa apa yang mereka lakukan tak ada beza dengan kontrak jual beli bertangguh dengan menaikkan harga ketika akad jual beli.
Mereka mengatakan:
سواء علينا زدنا في أول البيع أو عند محل المال
“Sama sahaja, sama ada kami kenakan kenaikan harga ketika permulaan jual beli, atau kami kenakan tambahan ketika tiba tempoh pembayaran hutang”.
Mereka tak mahu membezakan antara riba dan mark-up harga dalam jual beli bertangguh.
Lalu Allah mendustakan fahaman dan pegangan mereka, dan menurunkan ayat:
ذلك بأنهم قالوا إنما البيع مثل الربا وأحل الله البيع وحرم الربا
“Yang demikian adalah kerana mereka mengatakan bahawa jual beli adalah sama dengan riba, dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.
Mereka yang menyamakan antara interest dan profit, antara pinjaman loan dan kontrak jual beli, antara perbankan Islam dan perbankan konvensional, mereka perlu sedar bahawa fahaman tersebut tidak jauh beza dengan fahaman musyrikin Jahiliyyah.
Justeru jangan mencari ketaqwaan melalui sesuatu yang menjauhi ketaqwaan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran