fbpx

Plagiat Tulisan Tanpa Kredit

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 265Words
  • 370Views

Ini adalah tulisan rakan-rakan bisnes saya perunding di INFAQ Consultancy, yang menjadi mangsa plagiat ejen-ejen lain dari industri sama.

1 2

3 4

5 6

7 8

Tuan Hannan Huntnone, Puan Norzila Noh, Tuan Azree Hanifiah, adalah rakan-rakan perunding baru saya yang menyertai bisnes.

Tulisan-tulisan mereka menjadi mengsa ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab copy paste tanpa sebarang kredit. Malah ebook free pun ada yang ambil buat status seolah-olah tulisan sendiri.

Ia berlaku dalam tempoh sebulan dua ini.

Marketing melalui perkongsian tip dan pengalaman memang saya kongsikan dalam sesi Training The Consultant https://afyan.com/train-the-consultant-ttc.html yang saya anjurkan melalui INFAQ Consultancy dan juga buka kepada public 30% daripada kehadiran.

Dalam training ini, akan diajar bagaimana content marketing untuk brandingkan jenama kita di FB sebagai seorang konsultan dalam bidang servis kewangan.

Dan apabila tulisan kita mempunyai manfaat dan pengaruh, maka akan ada orang yang akan mengambil kesempatan dengan jalan mudah dengan cara copy paste dan memberi gambaran palsu bahawa ia adalah tulisan sendiri.

Satu perbuatan yang tidak beretika bagi mereka yang mengaku sebagai perunding kewangan ISLAM dan bisnesman kononnya.

Dan sebenarnya ia adalah pengalaman yang biasa hadapi saya sebelum ini.

Orang-orang sebegini sengaja tidak mahu kreditkan, atau klik share sahaja – walhal ia lebih mudah.

Sebab utama ialah kerana bisnes. Apabila mereka kredit penulis sebenar atau klik share, nanti rakan-rakan mereka yang menjadi prospek akan pergi ke FB yang mereka share. Jadi mereka hilang potential client mereka.

Selalunya alasan yang diberikan ialah, untuk menyebarkan ilmu Allah 🙂

Buat rakan-rakan perunding saya, jangan jadikan ia sebegai pelemah semangat.

Apabila mereka tiru kita, bermakna kita berada di hadapan mereka.

Kita berada di satu benchmark yang mereka belum capai.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tip RM | Psikologi Kewangan Kebanyakan orang yang hidupnya kesempitan…