fbpx

Prosedur mudah tukar atau pendekkan nama anak di JPN

  • 2Minutes
  • 334Words
  • 7Views

Tadi ternampak beberapa posting di Facebook bersumberkan penulis asal Diana Hezruque berkenaan prosedur menukar atau memendekkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut beliau, prosesnya sebenarnya tidaklah terlalu rumit.

Pertama sekali, ibu bapa perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut dalam bentuk salinan fotostat:

– Kad pengenalan ibu dan bapa

– Sijil lahir anak

– MyKid anak

– Sijil nikah ibu bapa

Semua dokumen asal juga perlu dibawa sekali untuk pengesahan.

Seterusnya, pergi ke kaunter bahagian pendaftaran surat lahir di JPN dan maklumkan bahawa hendak mengambil borang untuk ubah atau potong nama anak.

Selepas borang diisi, langkah berikutnya ialah mendapatkan pengesahan melalui Suruhanjaya Sumpah.

Jika tidak mahu ke mahkamah, boleh bertanya di kedai gambar atau kedai fotostat berdekatan dengan JPN, kerana biasanya ada meja Suruhanjaya Sumpah yang dibuka berhampiran premis-premis tersebut.

Contohnya, di JPN Setia Tropika, Johor, meja Suruhanjaya Sumpah boleh ditemui di luar bangunan, di kedai sebelah.

Diana juga berkongsi pengalaman beliau yang agak bingung ketika mengisi borang kerana terdapat ruangan yang memerlukan alasan kukuh mengapa nama anak ingin ditukar atau dipendekkan.

Antara alasan yang sesuai dan mudah diterima ialah supaya anak tidak menghadapi kesukaran semasa bersekolah nanti.

Bagi memudahkan urusan, beliau membayar RM45 kepada kakitangan yang menguruskan surat sumpah tersebut.

Kakitangan itu akan bantu isikan borang, bawa ke kedai sebelah untuk cop sumpah, dan memudahkan keseluruhan proses.

Kedua-dua ibu dan bapa perlu hadir kerana tandatangan kedua-duanya diperlukan untuk pengesahan.

Akhir sekali, semua borang dan dokumen yang lengkap perlu dibawa ke bahagian pendaftaran surat lahir semula untuk urusan penukaran nama.

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun @ 12 bulan dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

Bayaran dikenakan ialah RM5 jika anak berumur bawah 1 tahun,

Untuk dapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh rujuk prosedur permohonan di portal rasmi JPN.

https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pen-pem-15-sm

Pesannya kepada ibu bapa yang menyesal kerana menamakan anak dengan nama yang terlalu panjang: bolehlah ke JPN untuk ubah, selagi masih dalam had umur yang dibenarkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KWSP UNTUK BAYAR MEDICAL CARD? SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG DISELAMATKAN…