Ragam pelanggan

Dalam dunia bisnes, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis macam sifat dan perangai manusia. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori;

  1. Pelanggan cerewet, dan tidak berkira.

Jika kita berjaya menawan pelanggan jenis ini, bermakna kita mampu menawan semua pelnggan.

“Saya nak order nasi goreng kampung dengan tomyam campur dan fresh oren. Nasi goreng tu nanti, letak ikan bilis lebih sikit ye. Tomyam tu pulak jangan buat pedas-pedas sangat. Kalau boleh sayur tu bagi lebih ye. Air fresh oren tu buat pekat-pekat ye. Takpe, saya bayar la”

“Berikan saya ubat yang paling mujarab untuk penyakit saya ini, dan saya sanggup membayarnya dengan harga yang paling tinggi”

“Saya tidak pedulikan tentang harga, asalkan anak saya mendapat keputusan terbaik apabila belajar di tuisyen ini”

Pelanggan jenis ini ialah pelanggan yang mementingkan kualaiti dalam setiap produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima. Apabila dia memilih, dia akan memilih kualiti yang terbaik. Apabila berbentuk tempahan khusus, dia akan memastikan setiap tempahannya menepati spesifikasi yang diingini. Akhir sekali, dia sanggup membayar lebih asalkan perkhidmatan atau produk yang diingininya mengikut kehendaknya.

Pelanggan jenis ini adalah pelnggan yang berkualiti kepada bisnes kerana pemilik bisnes akan menyediakan produk atau perkhidmatan yang terbaik, dan memperoleh pulangan yang lumayan daripada produk atau perkhidmatan tersebut. Selalunya apabila kita mampu memuaskan hati pelanggan jenis ini, tidak sukar untuk memuaskan hati pelanggan-pelanggan lain.

  1. Pelanggan tidak cerewet, dan tidak berkira.

Pelanggan jenis ini sebenarnya hampir pupus 🙂

Pelanggan jenis ini tidak memilih untuk membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan dengan terperinci. Selagi produk yang dibelinya berfungsi dengan baik atau perkhidmatan yang diterimanya memuaskan, itu sudah memadai. Lebih bagus lagi, dia tidak kisah tentang harga yang perlu dibayar untuk produk dan perkhidmatan tersebut

“Saya nak order nasi goreng kampung dengan tomyam campur”

“Mahal juga ubat ini ye, tapi takpe la”

“Saya tak kisah hantar anak saya kat tuisyen mana-mana”

Ia baik untuk bisnes dari segi aliran tunai kerana pelanggan ini mudah untuk mengeluarkan wang daripada poketnya untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan kita. Namun, ia sebenarnya tidak baik untuk jangka masa panjang kerana bisnes tidak menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik apabila terbiasa dengan pelanggan jenis ini. Selalunya menyebabkan kita syok sendiri dengan bisnes kita. Namun, agak sukar untuk mencari pelanggan jenis ini.

  1. Pelanggan tidak cerewet, dan tetapi berkira.

Pelanggan jenis ini paling ramai.

Pelanggan jenis ini biasanya tidak terlalu memikirkan soal kualiti, namun memikirkan soal harga yang akan dibayarnya. Tidak kisah sama ada Yang penting baginya ada tiga perkara utama;
a. murah
b. tidak mahal
c. kedua-duanya

“Bagi saya makanan yang paling murah kat restoran ni”

“Ubat ni ada jenis yang murah sikit tak?”

“Kat tempat tuisyen lama anak saya ni tak la mahal macam ni”

Pelanggan jenis ini tidak terlalu baik untuk bisnes kerana dari segi aliran tunai ia akan menyebabkan produk atau perkhidmatan dijual dengan harga yang minimum. Ia akan menyebabkan margin keuntungan semakin kecil. Kita perlu lebih berhati-hati dalam menyelenggara kos perniagaan kita kerana pelanggan jenis ini ada di mana-mana.

  1. Pelanggan cerewet, dan terlalu berkira.

Jauhkan diri anda daripada pelanggan jenis ini!

Pelanggan ini mahukan produk dan perkhidmatan yang terbaik, namun tidak mahu membayarnya dengan harga yang setimpal. Dia ni jenis orang yang tidak ada duit, tapi nak bergaya lebih. Slogan mereka “biar murah asal berkualiti”.

“Apasal mahal sangat ni?! Saya makan nasi goreng, tomyam campur dengan air fresh oren je, takkan la sampai sembilan ringgit. Lima ringgit dah la…”

“Ubat ni bagus, tapi mahal sangat”

“Ada lagi tak tempat tuisyen yang bagus macam ni tapi murah sikit?”

Pelanggan jenis ini akan merosakkan perniagaan. Saya tidak perlu menerangkan pelanggan jenis ini secara panjang lebar kerana anda sendiri boleh membandingkannya. Kita akan berada di dalam dilema apabila memikirkan tentang kos dan kualiti produk. Kalau pelanggan bisnes kita rata-rata terdiri daripada pelanggan jenis ini, eloklah berfikir untuk mencari tikar untuk digulung! Mereka ni bukan pelanggan, tetapi pemangsa!

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com