Salah faham terhadap riba dan perbankan islam: Mahal, menindas atau jahil ‘illah?

  • 4Minutes
  • 727Words
  • 21Views

Antara tohmahan yang biasa diberikan oleh bangsa anti bank Islam kepada perbankan Islam ialah;

1. Riba haram disebabkan menindas. Jadi, perbankan Islam pun haram sebab menindas apabila mengenakan harga yang tinggi kepada pelanggan.

2. Perbankan Islam membawa mudarat sebagaimana perbankan konvensional seperti bankrap, rumah tangga hancur dan sebagainya. Jadi, ia haram.

Meh kita bincangkan satu persatu.

1. APAKAH ‘ILLAH PENGHARAMAN RIBA?

Bezakan ‘illah dengan hikmah.

‘Illah menjadi antara hujah penentuan hukum. Manakala hikmah sebagai pengajaran sesuatu perkata dan bukan hujah hukum.

Contohnya, ‘illah pengharaman arak ialah sebab ia memabukkan.

Jadi, apa sahaja yang menyebabkan mabuk, ia boleh jadi haram.

Minuman yang mengandungi alkohol adalah haram sebab ada ‘illah memabukkan.

Tapi alkohol dalam minyak wangi tidak haram sebab tiada ‘illah.

Berbalik kepada isu riba, ‘illah pengharaman riba adalah pada item ribawi yang enam itu; emas, perak, gandum, barli, kurma, dan garam.

Pertukaran item ribawi yang sama kategori mestilah sama kuantiti dan berlaku secara laaani dalam satu majlis aqad.

Jika ia tidak cukup syarat, maka riba berlaku.

“Tapi perbankan Islam menindas apabila letak harga mahal!”

Meh kita sambung.

2. ADAKAH MAHAL ITU MENINDAS?

Bangsa anti bank Islam kata perbankan Islam haram disebabkan harganya mahal dan ia menindas.

Jika hujah itu diterima, bagaimana hendak menentukan sesuatu itu menindas atau pun tidak?

Bagaimana hendak menentukan sesuatu itu mahal atau murah?

Adakah beli RM100,000 dan jual kembali RM200,000 dikatakan mahal dan menindas?

Adakah keuntungan melebihi 100% daripada modal menjadi haram?

Jika ia haram, ramai peniaga tidak boleh jual dengan harga mark up 100%, bukan perbankan Islam sahaja.

Berniaga air minuman, modal kos bahan mentah segelas air, gula dan perisa sekitar RM0.20 tapi dijual dengan harga RM1 ke RM2 adalah haram dan menindas jika ikut logik bangsa anti bank Islam ini.

Mahal atau murah itu subjektif.

Ada orang anggap RM2 untuk harga minuman tepi jalan adalah mahal.

Tapi ada orang anggap harga RM20 untuk segelas air yang sama di hotel mewah adalah murah.

Jadi, mahal murah bukan penentu sesuatu itu menindas atau tidak, dan juga bukan penentu hukum halal atau haram.

“Tapi kesan perbankan Islam sama sahaja dengan perbankan konvensional. Ia bawa mudarat dalam masyarakat,” kata mereka.

Ok, kita sambung diskus.

3. ADAKAH KESAN MUDARAT BOLEH DIJADIKAN ASAS PENGHARAMAN?

Saya bawa analogi mudah berikut.

Gula membawa mudarat penyakit kencing manis yang boleh menyebabkan anggota dipotong.

Jadi, adakah kesan mudarat gula menyebabkan hukum gula adalah haram?

Analogi lain, perkahwinan yang sah juga ada yang menyebabkan mudarat seperti keganasan rumah tangga, pengabaian anak-anak, pergaduhan, perceraian dan sebagainya.

Jadi, adakah gula dan pernikahan itu haram disebabkan ada mudarat?

Tidak.

Gula membawa mudarat adalah masalah individu.

Minuman manis bergula tidak salah, tapi ramai orang minum minuman manis berlebihan sehingga menyebabkan penyakit.

Takkan kita hendak salahkan peniaga restoran yang menjual air hanya disebabkan ramai yang kena kencing manis?

Takkan kita hendak salahkan peniaga kedai runcit yang jual gula?

Takkan kita hendak salahkan kilang gula yang mengeluarkan gula?

Itu adalah salah dan masalah individu.

Sama juga dengan pernikahan yang halal tapi membawa pergaduhan, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan lain-lain mudarat.

Itu adalah kesalahan individu, bukan salah institusi perkahwinan itu sendiri.

Juga bukan salah tok kadi yang menghalalkan perkahwinan tersebut.

Samalah juga berkaitan hutang dalam perbankan Islam.

Hutang itu halal, bebas riba.

Alim ulama penasihat syariah sudah sahkan ia halal.

Jika mereka salah ijtihad, tetap dapat satu pahala dan kita yang ikut pun tidak berdosa.

Bank-bank pun sudah menyediakan tapisan ketat.

Hanya mereka yang mempunyai CCRIS yang baik dan lebihan gaji yang mencukupi berdasarkan DSR akan diberi kelayakan untuk berhutang.

Tapi masalahnya kadang ada yang tipu pendapatan untuk bank luluskan.

Kadang ada yang buat sampai tiga empat kad kredit untuk berhutang.

Tak cukup dengan itu, buat pula hutang dengan skim buy now pay later.

Lepas itu apabila terbeban, salahkan perbankan Islam yang wujudkan produk pembiayaan Islam, salahkan penasihat syariah yang beri pengesahan halal, salahkan Yahudi yang cipta bank.

Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri.

KESIMPULAN

Bangsa anti bank Islam bukanlah nak jawapan, tapi cari alasan.

Meraka bukan cari dalil, tapi cari dalih.

Mereka bukan nak cari yang patuh syariah, tapi cari paling murah.

Meraka bukan perlukan hujah, tapi perlukan hidayah.

JADI APA SOLUSINYA?

1. Jangan mudah berhutang walaupun halal.

2. Urus kewangan dengan baik.

3. Tambah ilmu kewangan contohnya melalui Akademi BIJAK MERANCANG WANG. Link disertakan di bawah.

Menunggang?

Ya, saya sedang menunggang dengan cara yang halal. Bahak! Bahak! Bahak!

Eh, saya tulis panjang-panjang ni, ada yang baca ke?

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Shoppe pun dah perkenalkan produk pembiayaan patuh syariah! Bila pula…