Sehari di Hillcrest
(Saya jarang membuat ulasan untuk program-program RK Trainin, kerana selalunya akan diulas di dalam blog Sdr Amin Idris atau blog Sdr Fadzli Yusof)
Mengendalikan program menggunakan modul yang sama untuk khalayak yang sama, sememangnya sesuatu yang sukar.
Sabtu lepas, kami di RK Training diamanahkan untuk melatih pelajar-pelajar SMK Hillcrest daripada kalangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Sebagai catatan, ini merupakan kali ke-tiga kami berprogram untuk pelajar-pelajar PRS dari sekolah yang sama. Cabaran kami adalah; lebih daripada separuh daripada mereka pernah mengikuti program yang sama untuk kali pertama dan kedua!
Kali pertama berprogram di sini, kira-kira setahun yang lalu. Nama sekolah SMK Hillcrest merupakan nama yang agak unik. Sepanjang pengalaman saya berprogram di sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang, inilah nama yang paling â€unik†yang pernah saya dengar, seolah-oleh menggambarkan sekolah tersebut terletak di sebuah kawasan pergunungan di New zealand 🙂
Oh, sebenarnya sekolah ini terletak di Gombak, dan kebetulan memang terletak di kawasan pergunungan perbukitan. (Apa salahnya kasut saya buatan Gombak sekoalah ini terletak di Gombak?)
Kali pertama, berprogram dahulu, kami mengendalikan kira-kira 3-4 aktiviti bukan ceramah. Pada kali kedua program, memandangkan kesemua pelajar adalah pelajar yang sama yang mengikuti modul yang sama, kami menjalankan kira-kira 5-7 aktiviti. Untuk kali ini, pada kali yang ke-tiga, dengan majoriti adalah daripada pelajar-pelajar yang sama, aktiviti yang kami sediakan adalah sebanyak 14 aktiviti! Ini adalah bagi mengelakkan pelajar-pelajar berasa bosan dengan pengendalian yang berbeza….
Inilah kali pertama kami sediakan 14 aktiviti dalam tempoh sehari!!!!
Coming Soon; Album RK @ Hillcrest
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
kalau begitu nampaknya RK kena ada modul advance level 🙂
Afyan: Itula…. itulah cabaran apabila bussiness in the box ni 🙂
akum…
hi abg apa kabar?
abg ingat lg saya?
Afyan: Rasa-rasanya ingat…. Macam pernah kulihat nama ini, tapi di mana ya… di Hillcrest, bukan?
ye… tp ng tak yang mana satu org nya? x pe lah kalau x ingat… 🙁 kenape x leh buka blog abng fadzli yek…? erm pakcik ops…abg hafis apa kabar? dia x de blog ke?
Afyan: Yang ada masa last-last tu kan? Masa kitorang nak balik, amik autograf… Blog abg hafiz http://www.hafizbad.cjb.net
urm…
itulah keajaipan smk hillcerst…
bukan senang nak hendel kiteowang…
urm…
anyway ..
saye nak ucap bebbanyak terime kasih kan semu fasilator ar…
sebab modul-modul 2 memeng best…
kepade sesiapa yang nak buat ape2 modul amik lar fasi ni…
huhuhu….
tapi yang penting kiteorang ar satu satunya kumpulan lelaki….
dan kumpulan lelaki jgak yang menang…
Afyan: PRS Hillcrest memang best!!!
ye lah ramai yang ambil autograf tp ingat x yang mana??? x pe kalau x inggat…
abg sihat?
Afyan: Setelah diasak bertalu-talu… Saya tak dapat cam la, tapi yang pastinya yang nazreena ni di antara beberapa pelajar yang ada masa akhir-akhir tu sebelum kami berangkat pulang, kan?
afyan, aku xboh komen menda..akun nak minta tulong ngang mung jer///
aku nak gantung banner kat website mu buleh ker?
aku duk nege kuasaforex le ning,
malas la nak jagi loyar, asyik kena bambu kat majistret laaaa…
mu kabo benda hok mu nak, aku hantar le… mu call aku la kalu jadi gok…
mu terima doh mesej aku kang?