fbpx

Suara Di Perhentian

  • 17 years ago
  • 5Minutes
  • 876Words
  • 522Views

Di sebuah perhentian, terdengar suara suram mengalu-alukan kehadiran anda….“Salam sejahtera!”

Suasana tiba-tiba hening, tanpa sebarang suara…. lalu terdengar pula …

“Selamat datang ke perhentian Barzakh! Perhentian yang akan membawa anda ke destinasi yang abadi!” tiba-tiba terdengar suara entah daripada mana…

Suara itu bersambung lagi…

Sebentar tadi anda telah dijemput oleh En Izrail daripada perjalanan kehidupan untuk memasuki perjalanan kematian. Sebagai imbasan, di perjalanan kehidupan yang baru sahaja anda tempuhi sebentar tadi, anda telah menempuhi beberapa perhentian.

Masihkah anda ingat di perhentian pertama sebelum anda memulakan perjalanan kehidupan? Ya, tepat sekali; perhentian roh di mana anda disenyawakan. Selepas keluar daripada perhentian ini, anda mula memasuki perjalanan kehidupan yang terhenti-henti di beberapa perhentian. Antaranya perhentian bayi dan perhentian kanak-kanak. Kedua-dua perhentian ini amat mudah ditempuhi kerana rekod perjalanan anda tidak dicatat oleh En Raqid dan En Atid.

Ingat lagi perhentian berikunya? Ya, perhentian remaja, perhentian dewasa dan perhentian tua. Ketiga-tiga perhentian ini anda benar-benar menikmati perjalanan kehidupan yang sebenar-benarnya. Dan di perhentian-perhentian inilah rekod perjalanan anda dicatat oleh En Raqib dan En Atid.

Dan sebentar tadi, tamatlah sudah perjalanan anda di lebuh raya kehidupan. Ia tamat sebaik sahaja En Izrail menjemput anda….

Suasana hening lagi. Tidak lama kemudian, terdengar satau pengumuman….

Pengumuman penting! Pengumuman penting!

Bila-bila masa En Munkar dan En Nakir akan tiba untuk menyambut kehadiran anda. untuk menguji minda dengan beberapa soalan-soalan bocor, sebagaimana berikut;
1. Siapakah Tuhan anda?
2. Apakah Agama anda?
3. Siapakah Nabi anda?
4. Apakah Kitab anda?
5. Di manakah Kiblat anda?
6. Siapakah Saudara anda?

Mudah bukan soalan-soalan tadi?

Jadi anda tidak perlu risau. Kerana persoalan-persoalan tadi akan diberi layanan-layanan yang berbeza mengikut rekod perjalanan anda di lebuh raya kehidupan tadi…

Bagaimana rekod perjalanan anda? Alhamdulillah jika anda berpuas hati. Jika anda tidak berpuas hati pun, sudah tidak boleh berundur lagi, kerana perjalanan yang telah diberikan sudah terlalu lama, ada yang 60 tahun, ada yang 70 tahun, ada yang 80 tahun, ada yang 40 tahun dan sebagainya…. Di sini tidak ada jalan “U Turn”.

Sementara menantikan kehadiran En Munkar dan En Nakir, sila semak rekod perjalanan anda di lebuh raya kehidupan sebentar tadi.

Mungkin anda menempuh perjalanan kehidupan sebentar tadi dengan penuh hati-hati dan akhirnya selamat sampai di penghujung perjalanan lebuh raya kehidupan ini dengan hati yang tenang apabila dijemput oleh En Izrail tadi. Anda bertuah kerana layanan yang akan diberikan oleh En Munkar dan Nakir adalah amat istimewa sekali! Jadi tahniah untuk anda.

Dan mungkin ada juga daripada kalangan anda yang yang pernah terbabas. Jika anda sempat untuk membetulkan pemanduan dan mengubah haluan, alhamdulillah, insya-Allah anda akan dilayan dengan baik juga oleh En Munkar dan En Nakir.

Walaubagaimana pun, sekiranya anda terbabas dan tidak mengambil iktibar untuk membetulkan pemanduan dan mengubah haluan, dan seterusnya anda kemalangan, berita buruk untuk anda. Sudah pasti sebentar tadi anda menganggap En Izrail sebagai tetamu yang tidak diundang. Diharap anda jangan salahkan beliau, kerana beliau hanya menjalankan tugas daripada Tuan Yang Di-Atas. Dan sekarang anda telah tiba di perhentian ini, sudah tidak ada ruang untuk anda kembali.

Ingat! di sini tidak ada jalan “U Turn”.

Sebentar nanti, En Munkar dan En Nakir akan tiba dengan wajah yang bengis. Dan yang pasti, soalan-soalan bocor tadi tidak mudah untuk anda menjawabnya sekalipun anda telah menghafalnya.

Oh, di sini juga terdapat daripada kalangan anda yang melalui jalan ”short cut” untuk ke sini. Tentunya anda adalah daripada kalangan mereka yang melalui jalan jihad dana syahid untuk sampat ke sini. Tahniah dan anda amat beruntuntung kerana anda tidak perlu berhadapan dengan En Munkar dan En Nakir seperti orang lain. Selepas perhentian ini, anda akan dibawa dengan mudah dan pantas, lebih pantas daripada Komuter, LRT, Nuri atau Monorail, untuk menuju ke destinasi yang abadi.

Tidak kira apa sahaj rekod perjalanan anda, selain daripada mereka yang datang dengan jalan ’short-cut’, anda tidak akan terlepas daripada ditanya oleh En Munkar dan En Nakir. Oh, sesungguhnya anda tidak boleh memalsukan rekod perjalanan anda kerana ia telah pun direkod oleh En Raqib dan En Atid sewaktu anda berada di lebih raya kehidupan sebentar tadi. Anda sudah lupa?

Selepas perhentian ini anda akan dibawa ke perhentian Mahsyar untuk dihitung segala rekod-rekod perjalanan anda di sepanjang lebuh raya kehidupan tadi. Ia akan dibantu oleh En Raqib dan En Atid. Oh, sekali lagi jangan salahkan mereka berdua kerana mereka berdua pun hanya menjalankan arahan daripada Yang Di Atas. Di sinilah rekod perjalanan anda akan disemak oleh Tuan Yang Di-Atas untuk menentukan sama ada keahlian anda diterima atau ditolak.

Kemudian, selepas perhentian Mahsyar, anda akan akan dibawa ke untuk menyeberangi jambatan gantung Sirat yang sebesar rambut dibelah tujuh sahaja. Rekod perjalanan anda yang telah disemak di hentian Mahsyar tadi akan menentukan kelancaran anda untuk menyebarangi jambatan gantung ini.

Di destinasi terakhir nanti, jika anda keahlian anda telah diterima, anda akan disambut dengan mesra oleh En Ridzuan. Jika keahlian anda ditolak, maka anda terpaksa berhadapan dengan En Malik yang bengis. Bergantung kepada rekod perjalanan anda sama ada selamanya keahlian anda ditolak, atau ia ditolak sementara sebelum ditransitkan dan seterusnya diterima keahlian. Barangsiapa yang diterima keahliannya, akan diberi peluang untuk menatap wajah Tuan Yang Di-Atas

Suasana hening lagi. Tidak ada suara suram kedengaran buat seketika….

Nampaknya En Munkar dan En Nakir hampir tiba, itu sahaja pesanan yang ingin disampaikan untuk anda yang sedang menunggu giliran.

Anda tidak mampu mengubahnya!

Tiada lagi suara-suara suram kedengaran, yang terdengar selepas itu hanyalah suara-suaran ANDA!!!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

5 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(Saya jarang membuat ulasan untuk program-program RK Trainin, kerana selalunya…