Selamat Datang Buat Followers Baru
Selamat datang buat followers baru ke FB Afyan Mat Rawi.
Sya tak perasan berapa banyak yang baru. Cuma yang saya ingat sebelum ini tak sampai pun 60,000 tapi pagi ini apabila tergerak nak cek, dah cecah 62,000!
Tak sempat nak screenshoot detik followers ke 60,000. Hehe…
Terima kasih kerana sudi follow FB ini gara-gara viral perkongsian saya tentang mesin pengering (dryer).
Sebelum ini ada juga beberapa posting yang viral tapi seingat saya impaknya tidaklah sebesar ini.
Beberapa laman viral mengambil tulisan saya dan PM masuk tak putus-putus. Sampai saya jadi trauma apabila dengar perkataan “dryer”.
Hampir semua orang yang saya jumpa, tanya saya pasal dryer. Ada kawan yang lama tak berjumpa pun, boleh PM saya pasal dryer. Ada kenalan saya selalu selisih jarang-jarang bercakap pun tanya pasal dryer. Adeh…
Bagi yang belum kenal, elok saya perkenalkan diri.
Saya Afyan Mat Rawi, sekarang berkhidmat dalam industri perkhidmatan kewangan bersama INFAQ Consultancy sebagai konsultan kanan dan trainer.
Menulis merupakan salah satu hobi saya, selain makan.
Perkongsian di FB ini kebanyakan berupa pengalaman dan tip-tip tentang kehidupan dan kewangan.
Jarang-jarang sekali saya menulis hal ehwal peribadi.
Penulisan tentang dryer tempoh hari juga berkait dengan kewangan juga.
Penulisan-penulisan saya tentang tip-tip kewangan dan kehidupan juga disiarkan di dalam blog untuk rujukan pantas akan datang.
Tulisan-tulisan saya juga pernah tersiar di Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia, Kosmo Online, Sinar Harian dan juga beberapa portal online seperti Majalah Niaga, VOCKET, Siakap Keli, BeautifulNara.com, Mingguan Wanita dan lain-lain.
Pernah juga la (perasan retis) muncul dalam siaran TV seperti di TVAlhijrah, BERNAMA Web TV dan Channel NewsAsia.
Terdekat saya ada menganjurkan seminar sehari Seminar Bijak Merancang Wang 2018 di beberapa lokasi terpilih; Lembah Klang, Johor Bharu, Melaka, Sungai Petani dan insyaALLAH di Kuantan.
Bidang utama saya ialah bidang perkhidmatan kewangan dan saya turut membangunkan team konsultan-konsultan dalam bidang ini bersama INFAQ Consultancy.
Ok, ada sebarang soalan?
Jika ada, boleh tulis di komen dan saya akan baca. Ya saya akan baca semuanya.
Selamat berkenalan dan hai semua!
Komen “Hai” jika baru berkenalan.
Komen “Hoi” jika dah lama. Nak cam sikit….
(Nota penting yang saya ingin tekankan di sini ialah saya bukan salesman dryer)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran