Sokongan Daripada Perbankan dan Instituisi Kewangan Kepada Pelanggan Akibat Covid-19
Sejak 17 Februari lepas, Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia atau Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) dan 17 bank di Malaysia telah keluarkan kenyataan berhubung sokongan dan bantuan yang mereka berikan terhadap para pelanggan yang terkesan akibat Covid-19.
Senarai bank yang sudah keluarkan kenyataan adalah sebagaimana berikut:
1. Affin Islamic Bank Berhad
2. Agrobank
3. Alliance Islamic Bank Berhad
4. AmBank Islamic
5. Bank Islam Malaysia Berhad
6. Bank Muamalat Malaysia Berhad
7. Bank Rakyat
8. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
9. Bank Simpanan Nasional
10. CIMB Islamic Bank Berhad
11. Hong Leong Islamic Bank Berhad
12. Maybank Islamic Berhad
13. Public Islamic Bank Berhad
14. OCBC Al Amin Bank Berhad
15. RHB Islamic Bank
16. SME Bank
17. Standard Chartered Saadiq
Secara umumnya, berikut antara sokongan yang mereka berikan kepada para pelanggan yang terkesan
1. Penangguhan bayaran ansuran selama 6 bulan
2. Penangguhan bayaran ansuran dalam tempoh tertentu
3. Penstrukturan semula hutang
4. Bayaran ansuran ke atas keuntungan bank sahaja (interest only) dan bayaran baki pokok dikecualikan
5. Pengecualian bayaran selama tempoh 6 bulan.
AIBIM menasihati para pengguna agar merujuk kepada bank masing-masing untuk berbincang dan mendapat maklumat lanjut.
Senarai penuh di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran