Squid Game dan realiti hidup kita

  • 1Minute
  • 137Words
  • 5Views

Ramai menonton Squid Game Season 3 dengan macam-macam teori. Tapi semua salah, termasuk teori saya ini 😂

Ada pelbagai teori dan jangkaan penonton;

Gi-hun akan menang. Front Man akan tewas. Permainan akan dihentikan. Detektif akan tangkap semua orang jahat. Watak kegemaran? Selamat dan balik peluk anak.

Tapi satu pun tak jadi.

Pengarah macam sengaja patahkan semua jangkaan penonton. Setiap teori yang viral sebelum ni… salah belaka.

Ending dia bukan happy. Tapi penuh persoalan. Penuh emosi.

Mungkin pengarah guna pendekatan sama macam tim produksi Ejen Ali The Movie. Apabila ada jalan cerita yang sama macam tekaan penonton, mereka akan ubah semula skrip.

Hasilnya? Penamat Squid Game Musim 3 jadi tak terjangka, tapi sangat “kena” dengan realiti.

Bukan semua cerita perlu ada hero yang menang. Kadang-kadang, cukup apabila satu manusia masih sanggup jadi manusia, bukan kuda.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila baca ebook yang ditulis oleh…