August 13, 2020
Insurans Konvensional, Difatwakan HARAM
Celah mana pula produk yang dikeluarkan oleh syarikat insurans konvensional boleh dijamin patuh syariah? Kalau namanya insurans konvensional, ia sudah difatwakan HARAM. Walaupun syarikat takaful sudah banyak, masih ramai ejen-ejen insurans konvensional yang mempromosi produk insurans konvensional dan takaful serentak. Malah ada juga yang masih percaya bahawa insurans konvensional dan takaful sama sahaja, tiada beza.